“Corona virus takut salji.” Main Ski di Turki, Balik Malaysia Positif COVID-19

Seperti yang semua sedia maklum, ketika gelombang pertama Covid-19 di Malaysia lagi, kerajaan telah meminta agar semua pihak mengelakkan diri daripada pergi ke luar negara.

Ini kerana bimbang akan pendemik tersebut dibawa pulang oleh mereka dan merebak kepada orang lain.

Namun begitu, masih ada yang masih pergi ke luar negara walaupun dengan keizinan serta perancangan yang sudah ditetapkan sebelum ini.

Disahkan Positif Covid-19 selepas pulang dari Turki

Mereka yang pergi keluar negara berisiko tinggi untuk mendapat Covid-19 susulan negara luar juga sedang bertarung dengan wabak tersebut.

Kini, hampir satu dunia sedang cuba untuk menyekat dan menjalani perintah berkurung bagi menyekat wabak ini.

Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, seorang ustaz muda yang dikatakan baru pulang dari Turki telah disahkan positif Covid-19.

Koronavirus takut salji

Pada awalnya perkongsian ustaz muda tersebut mengundang rasa sedih dalam kalangan netizen kerana dia disahkan positif Covid-19.

Beliau disahkan positif wabak itu ketika sedang menjalani kuarantin sendiri di rumah selama 14 hari selepas pulang dari Turki.

Namun begitu, menerusi posting beliau sebelum ini kelihatan beliau bermain salji berjaya ‘dikantoikan’ oleh netizen dan membuatkan ustaz tersebut menerima kecaman.

Turut tular poster derma kilat 

Selain itu menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter yang memuat naik satu poster derma kilat buat ustaz muda itu telah menimbulkan reaksi kurang senang netizen.

Disamping itu, ruangan komen turut dibanjiri dengan reaksi dari netizen yang mempersoalkan tindakan beliau melancong ketika Covid-19 sendang menular.

Pada masa yang sama juga, ramai yang seakan mentertawakannya kerana sengaja mengambil risiko dengan pergi keluar negara sehingga membawa pulang Covid-19 balik ke Malaysia.

Tuan badan beri penjelasan

Terbaru, menerusi postingnya di Facebook, ustaz muda itu ada menjelaskan mengapa dia ke luar negara ketika wabak tersebut sedang menular.

Hal ini berikutan dia merupakan seorang pemandu pelancong untuk satu agensi pelancongan.

Assalamualaikum
Terima kasih kepada semua yg mengikuti perkembangan saya. Alhamdulillah saya telah dipindahkan ditempat paling stabil.

Kali ini saya rasa terpanggil untuk menulis sedikit setelah ada beberapa pihak yg mula mengecam saya sebab ke Turki bermula tengah hari tadi.

Saya membaca kecaman mereka dengan senyuman dan mendoakan mereka dalam keadaan selamat, jika dengan kecaman tersebut boleh hindarkan anda dari virus ini maka teruskan kerja anda. Saya tahu dalangnya!

Saya bekerja dengan agensi pelancongan

Untuk makluman semua, saya bekerja dengan travel agency In Saff Travel, bukan baru, lama dah, tentulah ada plan travel tahunan.

Bukan hanya ke Turki, jika ikut jadual 1 April saya ke Mekah, lepas musim haji saya akan ke Jordan, Al Aqsa dan Umrah.

Saya ke Turki pada 13 Mac 2020 bersama Kembara Mukmin Travel dan ketika itu Turki belum ada kes COVID19, waktu itu juga belum ada arahan PKP, arahan PKP diumumkan oleh Perdana Mentri bermula 18 Mac 2020, jadual kami pulang ke Makaysia 22 Mac 2020.

Orang tua kata corona takut salji hanya gurauan

“Orang tua2 kata corona takut dgn salji” itu ayat gurauan, tentu kita nak minta hindar, tak kan tak faham kot.

Kami balik dari Turki 22 Mac dan ikut arahan KKM kuarantin di rumah masing² jangan berjumpa sesiapa. Kami semua ikut arahan tersebut.

Saya sendiri tidak tahu mengenai poster kutipan derma kilat

Viral gambar saya di Turki dan main salji, gambar itu bertarikh 15 Mac dan begitu juga dengan poster kutipan derma kilat, saya sendiri pun tidak tahu.

Baru tadi pihak lajnah kebajikan pemuda hubungi saya nak serahkan sumbangan rm3000, saya sendiri tidak terima dan mohon diberikan kepada NGO yg banyak membantu masyarakat diluar sana yg sangat memerlukan.

Saya nasihatkan yg tidak tahu apa² ambillah AL QURAN dan isikan masa anda dengan bacaan AL QURAN.

Kapsyen itu sekadar gurauan

Selain itu, beliau dengan rendah hati turut memaklumkan bahawa apa yang disampaikan di ruangan kapsyen adalah sekadar gurauan.

Semoga penjelasan itu merungkaikan perselisihan faham yang terjadi dan diharap semua rakyat Malaysia bersama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.