Koma 2 Bulan & ‘Disahkan Meninggal’, Wanita Ini Hampir Dihantar Ke Bilik Mayat Walaupun Masih Bernyawa

Kita hanya mampu merancang namun Allah SWT yang menentukan segala-galanya. Dari kurniaan rezeki, ketetapan ajal maut, malah jodoh pertemuan juga perpisahan semuanya dengan izin Allah.

Seperti apa yang dilalui oleh seorang wanita ini yang menceritakan pengalamannya apabila disahkan ‘mati hidup semula’ selepas dipercayai koma selama dua bulan.

Menerusi perkongsian klip video yang dimuat naik di laman TikTok, wanita ini mendakwa dia telah dimasukkan ke hospital selepas dilanggar lori ais di Kampung Keladi, Kulim, Kedah.

Menurut wanita ini lagi, dia telah koma selama dua bulan dan sepanjang tempoh tersebut banyak perkara yang dilaluinya.

Malah ramai yang menyangka, apabila seseorang itu berada dalam keadaan koma, mereka tidak akan mendengar apa yang orang cakap dan tidak rasa apa yang dilakukan oleh orang sekeliling.

Tetapimenurutnya, ternyata tanggapan itu adalah salah dan sebenarnya mereka mampu mendengar setiap apa yang dibicarakan oleh orang sekeliling.

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini juga mendakwa bahawa doktor telah mengesahkan dirinya sudah tidak bernyawa malah pegawai perubatan juga telah menolak katilnya dari wad ICU untuk ke bilik mayat selain memaklumkan kepada ahli keluarga tentang kematian tersebut.

Lebih mengejutkan apabila wanita ini memberitahu bahawa ketika itu dia masih lagi bernyawa tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.

“Sampai sekarang aku dengar lagi apa yang mama aku cakap. Kakak mama redha kakak tinggalkan mama.

“Mama sayang kakak sangat-sangat. Time tu aku tak mampu menangis, tak mampu nak kenyit bulu mata.

“Hanya mampu berdoa dalam hati Ya Allah aku hidup lagi, bagi peluang untuk aku jumpa family aku. Alhamdulillah, Allah dengar doa dan tangisan aku.”

@pipi_pau8ALLAH UJI SEBAB ALLAH SYG.. ##fypシ♬ original sound – 😱CEO barang viral😱 – CEO barang viral🤡

“Setiap orang lain².. bukan kata 100% ingat, bukan nampak benda apa tu bukan nama dia koma kalau nampk. dah cakap awai tadi mimpi.. xkan la tengah koma boleh cakap,”

@pipi_pau8Stiap org lain².. 😏.. bkn kata 100% ingt, bkn nmpk bnda apa tu bkn nma dia koma klau nmpk. dh ckp awai td mimpi.. xkn la tgh koma bole ckp. 😩

♬ Beautiful In White – Shane Filan

Rata-rata netizen teruja dengan cerita wanita tersebut dan meninggalkan komen dengan persoalan-persoalan lain.

” Sis boleh cita apa perjalanan sis masa koma tu..saya nak tau sangat sebab saya sampai sekarang masih fikirkan keadaan arwah mak saya masa dia koma..bila dia sedar.. ”

” Sis..maaf tanye.. sekarang sis ade rase kesan sampingan x.. dari excident”

“Dalam koma tu ada x orang datang keadaan berjubah putih”


“Dah tolak dalam bilik mayat, macam mana diorang tau sis hidup lagi?”