12 Tahun Menanti, Bayi IVF Positif C0VID-19 Kerana Pak Long & Mak Saudara Hadir ‘Family Gathering’

Gelombang pandemik di negara kita semakin membimbangkan dan kes jangkitan terus meningkat hari demi hari telah mencetuskan kerisauan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Seperti satu perkongsian di laman Facebook, seorang doktor bernama Dr. Malar Santhi Santherasegapan berkongsi kisah dimana dia telah menerima seorang pesakit positif yang merupakan seorang bayi.

Bayi pramatang melalui proses IVF disahkan positif

Apa yang lebih menyedihkan apabila mengetahui si kecil ini merupakan bayi yang dilahirkan secara pramatang melalui proses IVF.

Difahamkan, ibu bapa bayi ini telah menunggu kehadiran zuriat sejak 12 tahun lalu.

Dr Malar Santhi Santherasegapan meluahkan rasa terkilan dengan sikap ibu bapa bayi yang ‘berani’ membawa anak kecil mereka menghadiri family gathering.

Aunty ingat lagi muka kecil comel awak

“Tatkala Aunty Malar tulis post ni, dada aunty pedih, tangan Aunty menggeletar, langsung takde kekuatan.”

“Aunty ingat lagi muka kecil comel awak. Aunty terbayang bayang lagi wajah mak ayah awak yang begitu gembira menimang cahaya mata selepas 12 tahun perkahwinan.”

Awak dijangkiti daripada kealpaan orang dewasa

“Aunty sesak nafas memikirkan kesakitan yang awak alami dek kerana jangkitan ni.”

“Aunty pedih dada mengenangkan awak dijangkiti kuman ini daripada kealpaan orang dewasa di sekeliling awak.”

Awak lahir pramatang, umur belum cukup setahun

“Ye lah, mana awak tahu apa apa pasal pandemik ni, mana awak faham tentang SOP, awak tak leh nak pakai mask pun.”

“Umur pun belum cukup setahun, umur awak dikira dalam bulan je. Lagipun awak lahir pramatang, umur sekarang kena tolak dengan 12minggu, baru dapat umur sebenar.”

Mak ayah 12 tahun tunggu awak

“Mak Ayah awak 12 tahun menunggu cahaya mata. Akhirnya awak lahir selepas kehamilan secara IVF.”

“Doktor jaga baik² sepanjang kandungan, disambung pula akak misi jaga baik-baik di NICU.”

Berseri-seri wajah mak ayah bawak awak balik rumah

“Akhirnya, mak abah dapat timang awak, bawak balik rumah. Happynya wajah dia orang. Berseri seri. Akhirnya dapat zuriat sendiri, kepuasan yang tiada tandingan.”

“Tapi mereka terlupa anak adalah satu amanah, bukan aset. Anak adalah tanggungjawab, bukan barang perhiasan.”

Hanya kerana family gathering awak yang terkena

“Kalau awak memang dapat penyakit yang dah ditakdirkan, mungkin Aunty boleh redha.”

“Tapi Aunty rasa hiba yang tak terhingga sebab Makcik awak tahu dia close contact.”

Semata-mata nak join family gathering

“Hanya semata mata dia nak join family gathering, dia buat RTK secara tergesa gesa. Lepas negative, dia join gathering yg mmg dah dirancang lama.”

“Pak Long awak pulak demam 3 hari sebelum gathering, selamba je dia redah jugak event tu. Mmg dia org semua yg selfish dalam keluarga awak tak rentas negeri.”

“Mmg dia org tak langgar SOP sbb sewa homestay dalam negeri yg sama, dan semua sedara mara berseronok sakan.”

Orang lain selamat awak positive

“Sekarang mereka dua dua Positive. Jangkit kat awak pulak, si kecil yang “ikut” sahaja ke mana mana dibawa.”

“Orang lain selamat, awak yang belum capai umur setahun jagung pun. Dah confirm positive.”

Ibu bapa leka dengan nikmat dunia

“Salah siapa Dik? Si ibu bapa leka dengan nikmat dunia. Si saudara mara alpa dengan keseronokan sementara.”

“Si orang tua bangga dapat perdayakan pihak berkuasa. Sekarang, yang sakit siapa?Mangsanya siapa.”

Dia orang tak dengar teriakan awak

“Awak lah Dik. Awak yang tak tahu apa apa. Awak yang tidak berdosa. Awak yang hanya bergantung kepada ibu bapa untuk patuh pada SOP.”

“Dia orang tak dengar teriakan awak yang taknak ikut mereka. Mereka tak faham tangisan awak yang diminta untuk tak dijangkiti.”

“Dia orang terlampau alpa dengan shopping, gathering dan macam macam keseronokan dalam dunia ni.”

Awak yang sakit dik

“Maka awak yang sakit Dik. Di dunia, mereka mungkin boleh culas dengan SOP, dengan tanggungjawab yg diberi.”

“Kalau dipersoal kelak, kalau ditanya kenapa mereka sebagai Ibu Bapa yang sepatutnya menjaga anak yakni amanah dengan sehabis baik, menjadi cuai sehingga awak sakit.”


Bukan mak kamu tak tahu adik dia close contact

“Apa mereka nak jawab? Boleh ke mereka jawab dah jaga awak sehabis baik? Padahal terang terang mereka cuai, culas dan alpa.”

“Bukannya Mak kamu tak tahu adik dia close contact. Bukannya Ayah kamu tak tahu adik ipar dia buat test RTK je, dan kuarantin pun tidak.”

Sekarang salah siapa dik

“Bukannya sedara mara tak tahu Pak Long demam sebelum datang. Sekarang siapa yang salah dik?”

“Salah takdir ke, ataupun salah kami orang dewasa yang terlampau alpa dan cuai.”

Akan ada kesan jangka panjang

“Mak kamu menangis tanya Aunty Malar, apa patut buat, apa kadar kesembuhan atau kematian, akan ada kesan jangka panjang ke walaupun sembuh.”

“Aunty tak dapat jawab Dik. Ayah kamu menangis tanpa segan silu dengan Aunty.”

Pakej menyeronokkan berakhir dengan penyesalan

“Ayah kamu menyesal pergi family gathering tu, yang berpakej dengan BBQ, karaoke dan semua.”

“Pakej yang sangat menyeronokkan, tapi berakhir dengan penuh penyesalan. Apa Aunty patut cakap kat Ayah.”

Ayah mintak aunty bisikkan rahsia nak sembuhkan awak

“Ayah kamu mintak Aunty Malar bisikkan rahsia nak sembuhkan awak, Aunty tak tahu Dik Dada Aunty Malar perit.”

“Tangan Aunty menggeletar. Hati Aunty pedih. Aunty tak tahu nak buat apa. Aunty tak tahu nak cakap apa. Aunty tak tahu nak marah siapa. Aunty cuma nak awak sembuh.”

Aunty nak mak ayah awak sedar kesilapan mereka

“Aunty nak Mak Ayah awak sedar kesilapan mereka. Aunty harap Makcik awak sedar dia lah penyebab awak sakit sekarang.”

“Aunty nak Paklong awak tahu dia dah menyusahkan awak. Aunty nak mintak tolong kawan² kat FB supaya doakan awak diberi kesembuhan.”

Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab

“Aunty nak beringat sesama rakan² lain bahawa, wabak pandemik ini  makin banyak menjangkiti kanak² dan bayi.”

“Jom lah sebagai ibu bapa yang bertanggung jawab, pemegang amanah, kita sama sama lindungi anak² kecil dari asbab jangkitan.

Kerana kecuaian kita dan kealpaan anak-anak ini sakit

“Jangan lah kerana kecuaian kita, kealpaan kita, anak² ini sakit. SEMOGA ADIK EX-PREM, PRECIOUS IVF BABY itu diberi kesembuhan olehNya.”

Semoga adik pulih dari pandemik ini dan diberikan kesembuhan seperti sedia kala. Diharap kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua.