“Tunggu bawah terik mentari,” Anak Dikuarantin, Mak Ayah Hanya Dapat Lambai Dari Jauh Lepas Rindu

Negara masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bergantung kepada daerah masing-masing berdasarkan rekod jangkitan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sepangjang perlaksanaan, kerajaan turut menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal pergerakan orang ramai bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Bagi individu yang bergerak dari Semenanjung yang pulang ke Sabah dan Sarawak setiap individu wajib melakukan ujian calitan.

Perlu lakukan ujian calitan dan kuarantin 

Bagi memasuki negeri Sarawak, terdapat syarat tambahan yang mana mereka perlu menjalani kuarantin sebelum dapat berjumpa sesiapa atau menjalankan tugas.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Twitternya yang mencuri tumpuan ramai.

Pemuda ini pulang ke Sarawak dan perlu menjalani kuarantin diri terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah bertemu keluarganya.

Sanggup berpanas terik mahu lihat anak dari tingkap

Menerusi posting yang dikongsikan di Twitter, pemuda ini berkongsi beberapa gambar ibu dan ayahnya.

Dek kerana terlalu rindunya anaknya, kedua ibu bapanya sanggup menunggu di bawah terik matahari dan menyuruh anaknya melihat mereka melalui tingkap bilik.

Anak kena kuarantin ibu bapa jenguk dari jauh

Walaupun hanya dapat melihat anaknya dari jauh, kedua ibu bapa ini kelihatan gembira sambil melambai anaknya dari bawah bangunan.

Pelik dengan sikap ibu dan ayahnya yang menyuruh pergi ke arah tingkap, pemuda ini sebak melihat kegigihan ibu bapanya yang sudah siap menunggu kemunculan anaknya di tepi tingkap.

Tersenyum gembira dapat tatap anak dari jauh

Pastinya naluri ayah dan ibu tidak sabar mahu melepaskan rindu terhadap anak mereka setelah lama tidak berjumpa.

Apa yang lebih meruntum jiwa, walaupun panas terik matahari kedua ibu bapa ini kelihatan tersenyum gembira walaupun hanya dapat menatap anak mereka dari jauh.

Nak nangis pula rasa

“Nak nangis pula rasa, mak ayah call suruh pergi dekat tingkap dia nak tengok aku,” tulis pemuda itu. Sedihnya, dengan panas lagi.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan tidak dapat menahan air mata melihat pengorbanan ibu bapa pemuda ini.

Semoga dapat bertemu keluarga tercinta

Mereka turut mendoakan supaya pemuda ini bebas dari pandemik dan dapat bertemu semula dengan keluarga tercinta.

Malah, ada juga yang sedih terkenang ibu dan bapa mereka dikampung yang masih belum berkesempatan untuk pulang  bertemu dengan mereka walaupun lebaran bakal tiba tidak lama lagi.

Hargailah ibu bapa selagi mereka masih ada. Selagi kita mampu membahagiakan mereka, luangkanlah masa dan perhatian sebelum mereka pergi selama-lamanya.