Semasa pembentangan Belanjawan 2019 minggu lepas, Lim Guan Eng ada mengumumkan polisi berkaitan hartanah.

Terdapat 9 pengumuman dan polisi yang akan memberi impak kepada pasaran hartanah pada tahun 2019.

Baca: Kos Beli Rumah di Malaysia

Jadi, mari kita lihat apakah kesan secara langsung dan tidak langsung polisi terbaru ini kepada pembeli dan pelabur hartanah.

1. Sale & Service Tax (SST)

Kerajaan telah mengumumkan pengecualian SST keĀ atas perkhidmatan pembinaan dan bahan binaan.

Sebagai balasan, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) telah bersetuju untuk mengurangkan sebanyak 10% harga rumah yang tidak tertakluk kepada kawalan harga untuk projek baharu.

2. Rumah Mampu Milik

Kerajaan akan terus membina dan menyiapkan rumah mampu milik dengan peruntukan hampir RM1.5 bilion untuk Program Perumahan Rakyat, Perumahan Penjawat Awam Malaysia, PR1MA dan Syarikat Perumahan Nasional Bhd demi memastikan bekalan rumah mencukupi.

3. Pengecualian Duti Setem

Untuk pembeli rumah pertama bernilai sehingga RM500,000, Kerajaan akan memberi pengecualian duti setem sehingga RM300,000 yang pertama ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi tempoh dua tahun sehingga Disember 2020.

4. Deposit Pembeli Rumah Pertama

Bagi pembeli rumah pertama dengan pendapatan isi rumah sehingga RM5,000, Kerajaan akan memperuntukkan RM25 juta kepada Cagamas Berhad untuk menyediakan jaminan pajak gadai bagi membolehkan peminjam mendapat pembiayaan yang lebih tinggi termasuk bayaran deposit

5. Pinjaman Kakitangan Kerajaan

Kerajaan akan memanjangkan tempoh pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di mana tempoh pembiayaan pertama daripada 30 tahun kepada 35 tahun; dan tempoh Pembiayaan Kedua daripada 25 tahun kepada 30 tahun.

6. Hartanah Tak Terjual RM22 Bilion

Bagi menangani isu ini, Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik bagi pembelian rumah pertama, berharga antara RM300,001 sehingga RM1 juta berkuatkuasa bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari 2019.

7. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap, kadar CKHT dinaikkan daripada 5% kepada 10%; dan Bagi individu warganegara dan penduduk tetap, kadar CKHT dinaikkan daripada 0% kepada 5%.

Walaubagaimanapun, CKHT dikecualikan atas harga hartanah, rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik di bawah RM200,000.

8. Pinjaman Golongan B40

Untuk membantu golongan berpendapatan tidak lebih daripada RM2,300 sebulan memiliki rumah buat kali pertama, dana berjumlah RM1 bilion akan ditubuhkan oleh Bank Negara untuk pembelian rumah mampu milik berharga sehingga RM150,000.

9. Duti Setem Hartanah Lebih RM1 Juta

Kadar duti setem bagi pemindahan hartanah bernilai lebih RM1 juta akan dinaikkan sebanyak 1 mata peratusan daripada kadar cukai 3% kepada 4%.

Berdasarkan daripada 9 pengumuman di atas, anda rasa yang mana satu akan memberi impak paling besar kepada pasaran hartanah untuk tahun 2019?

Artikel ini adalah tulisan Tuan Faizul Ridzuan. Anda boleh membaca posting asal beliau di sini.
Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.