Bantuan Sara Hidup (BSH) Diteruskan, RM1 Ribu Untuk Pendapatan RM2 Ribu Ke Bawah.

Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah akan diteruskan dengan penyaluran peruntukan secara lebih bersasar, umum Menteri Kewangan di dalam pembentangan Belanjawan 2019 hari ini.

Menurut Guan Eng, kadar BSH yang ditentukan bagi golongan isu rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah ialah RM1,000.

“Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah pula akan menerima bantuan berjumlah RM750.

Foto: Berita Harian

Kadar BSH bagi golongan isu rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000 pula ialah RM750.

“Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM3,001 hingga RM4,000 akan diberikan bantuan bernilai RM500.

Kadar BSH bagi golongan isu rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 pula ialah RM500.

Menteri kewangan berkata, kerajaan akan menambah bantuan BSH sebanyak RM120  untuk anak berumur 18 tahun ke bawah.

“Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah juga disediakan, namun terhad kepada empat orang,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019.