Connect with us

Viral

“Saiful hang jangan pi tegoq benda tu” Teman Pemandu Jenazah, Detik Seram Lelaki Ini Buat Ramai Meremang!


Bekerja sebagai pemandu van jenazah bukanlah satu pekerjaan yang mudah malah banyak pengalaman yang diceritakan semula di media sosial. Ada yang manis, dan ada juga yang seram !

Manakan tidak, sudahlah ada yang bekerja pada tengah malam bahkan membawa jasad yang tidak bernyawa pula tu. Memang pekerjaan yang sangat mencabar.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki bernama Muhammad Saiful Zulhaini berkongsi satu pengalamannya yang pernah menemani pemandu van jenazah satu ketika dulu di Facebook Kumpulan KELAB CERITA HANTU MALAYSIA mencuri perhatian ramai.

“Saiful Hang Jangan Pi Tegoq Benda Tu…” Lelaki Cemas Alami Detik Seram Semasa Teman Pemandu Van Jenazah

“Assalamualaikum bagi yang Muslim & salam sejahtera buat Non Muslim. Semoga anda semua diberi kesihatan dan sihat wal’afiat. Terima kasih juga kepada admin yang approve kisah saya ini.”


“Okay dekat dini aku nak kongsikan tentang pengalaman aku menghantar jenazah dari Alor Setar, Kedah ke Bentong, Pahang. Kisah yang aku sampaikan ini lah yang membuatkan aku tidak lagi menjadi peneman iaitu Haji Abu (bukan nama sebenar) pemandu (van jenazah) ketika menghantar satu jenazah ke kampung halaman arwah tersebut.”


“Masa tu pada 2016, aku dibawa oleh keluarga aku untuk balik ke kampung di Alor Setar. Setelah beberapa minggu aku di kampung. Aku diajak oleh ayahku untuk ke masjid kerana ada kematian. Mayat jenazah tersebut dibawa oleh pihak hospital dan diserahkan oleh pihak masjid untuk menghantar pulang jenazah itu di kampung halamannya setelah disembahyangkan jenazah tersebut.”

“(Kepada pembaca: aku nak tanya korang apa hukum sembahyangkan jenazah 2 kali. Pertama sebelum menghantar jenazah dan kedua setelah tiba di kampung arwah tersebut. Adakah haram, makruh atau harus?). (Berikan komen anda selepas anda habis membaca)”

“Haji Abu (bukan nama sebenar) dia ni aku dah anggap seperti ayah angkat aku sendiri kerana semasa aku masih kecil ibu dan ayah aku bekerja di Selangor. Dia lah orang yang telah membesarkan aku pada ketika itu aku duduk dengan dia dan isteri di Alor Setar, Kedah.”

“Setelah selesai solat Asar dan sembahyang jenazah. Haji Abu datang berjumpa dengan ayah aku untuk meminta keizinan membawa aku pergi menemaninya menghantar jenazah tersebut di Bentong, Pahang kerana tidak ada wakil atau waris dari jenazah yang datang untuk menghantar jenazah pulang ke kampung halamannya.”

“Ayah aku pun memberitahu hajat Haji Abu kepada aku. Aku pun bertanya kepada ayahku.”

“Ayah kenapa dalam banyak-banyak orang. Along jugak yang kene temankan Ayah Abu. Kan banyak lagi ahli jawatan kuasa masjid ni untuk pergi membawa pulang jenazah tersebut,”. Berkata aku lagi, “Lagipun Along baru je duduk dekat kampung ni beberapa minggu,”

“Ayah aku pun berkata, “Ayah Abu tu kan dah macam ayah kedua Along. Along tak ingat ke semasa Along masih kecil siapa yang mengasuh Along semasa ayah dan ibu bekerja di Selangor?””

“Aku pun, “Baiklah ayah, lagipun betul apa yang ayah cakap Haji Abu tu dah macam ayah angkat Along sendiri. Kalau begitu Along setujulah temankan ayah Abu untuk menghantar jenazah tersebut,”. Haji Abu yang mendengar kata persetujuan dari aku senyum dan mengucapkan terima kasih. Setelah itu bermula la pengalaman baru aku. (Perjalanan aku selama 16 jam untuk sampai ke kampung arwah).”

“Setelah bersalaman dengan ibu bapa aku. Aku terus menaiki van tersebut dan memulakan perjalanan. Ahli jawatankuasa masjid pun mengucapkan terima kasih kerana sudi temankan Haji Abu untuk membawa pulang jenazah itu. Semasa dalam perjalanan keluar dari tol Alor Setar. Setelah beberapa jam perjalanan di atas highway. Perut aku terasa lapar sebab sejak dari rumah aku tak makan apa-apa lalu aku beritahu kepada ayah Abu untuk singgah di RnR seterusnya (aku tak mahu sebut RnR yang mana).”

“Setelah tiba di RnR masa tu pukul 11.00 lebih malam. Aku keluar dari van dan pergi untuk membeli makan. Setelah beli makanan aku kembali semula ke van tersebut dalam jarak beberapa meter. Aku melihat waktu itu pintu van jenazah dari arah belakang terbuka dengan luas. Aku pun cepat-cepat dapatkan Ayah Abu dan beritahu pintu van jenazah terbuka.”

“Ayah Abu dengan wajah terkejut keluar serta merta dan pergi ke arah belakang dan mendapati memang benar pintu van itu terbuka dengan luas. Nasib baik jenazah tak hilang atau terjadi apa-apa lalu aku dengan Ayah Abu menutup semula pintu van tersebut. Setelah keluar dari RnR, kami teruskan perjalanan sehingga satu ketika kami terdengar ada suara orang tengah bercakap secara berbisik.”

“Yang mana suara itu bukan seorang malah seperti beberapa orang yang tengah berbisik dari arah tempat keranda mayat jenazah tersebut. .Aku dengan spontan berkata kepada Ayah Abu, “Ayah ada orang bersembang la kat blakang. Bising pulak tu,”



“Terus pada ketika itu Ayah Abu berhentikan van di simpang jalan dekat highway lalu menekup mulut aku dengan tangannya dan berkata dengan nada yang perlahan, “Saiful hang jangan pi tegoq benda tu. Hang tau dak lani mana ada sapa-sapa kat belakang. Di saat itu van yang kami naiki secara tiba-tiba bergegar seperti ada yang menggoncang.”

“Alangkah terkejutnya apabila kami berdua melihat dari arah cermin sisi kiri van. Ada 2 makhluk yang melompat di atas bumbung di belakang van tersebut. Nah masa tu aku ingin berlari keluar lari van dan berlari sejauh yang mungkin. Tapi tangan aku dipegang erat oleh Ayah Abu dan dia berkata dengan nada yang keras,”Saiful! Engkau keluar memang kau takkan jumpa Ayah Abu lagi dan kau akan sesat,”. Duduk sini diam-diam. Masa tu Ayah Abu laungkan azan dan 2 makhluk tadi pun beransur hilang.”

“Jantung aku masa tu berdegup kencang rasa nak gugur pun ada. Setelah Ayah Abu habis azan dia beritahu aku dan berkata, “Saiful ingat ini Ayah Abu nak pesan dekat hang jangan cakap atau bersuara bila hang dengaq bunyi-bunyi pelik,”. Aku masa tu menjawab tidak menganggukkan pun tidak sebab rasa ketakutan yang dahsyat. Setelah itu, kami sambung perjalanan tapi gangguan tak berhenti sampai di situ. Setelah kami keluar dari tol Bentong. “

“Ayah Abu beritahu aku dia ingin ikut jalan kampung. Sebab boleh cepat sampai ke destinasi yang ingin dituju. Aku pun cakap, “Lagi cepat sampai lagi bagus. Saiful tak sanggup lagi dah duduk lama-lama,”. Masa tu pukul 2.30 pagi, jenazah ini kena sampai sebelum pukul 9.00 sebab diorang nak kebumikan dengan segera. Waktu itu pukul 2.30 pagi.”

“Masa tu, jalan memang sunyi sepi dengan lampu jalan pun tak ada. Cuma harapkan lampu van je lah. Selang beberapa ketika dari arah depan dengan jarak lebih kurang 100 meter. Kami melihat ada sekolompok orang yang jalan berkerumun dengan membawa keranda mayat dengan keadaan jalan yang gelap gelita.”

“Yang aku pelik pagi-pagi buta ni ada pulak orang ramai yang berjalan secara berkerumun dengan suasana yang gelap dengan lampu suluhnya pun tak ada. Aku pun bertanya dengan Ayah Abu, “Ayah dekat hutan ni ada kubur ke? Ada kampung ke? Kenapa ramai sangat orang dekat depan tu?” Bertalu-talu soalan aku ajukan.”

“Ayah Abu tak menjawab 1 pun pertannyaan aku tadi dan aku melihat mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu yang pasti itu ayat Quran. Aku pun baca ayat Kursi berulang kali. Setelah tiba hampir dekat sekelompok tadi. Belum sempat Ayah Abu nak mengingatkan aku sesuatu yang tak sepatutnya aku buat. Aku pun menoleh ke arah mereka dan memberikan salam. Masa tu kalau korang nak tahu, diorang semua tak ada wajah langsung.”

“Mata, hidung, kening, mulut, telinga semuanya tak ada. Aku pun apa lagi. Aku menekup wajah aku dengan tangan sambil beristighfar berkali-kali. Ayah Abu memecut laju meninggalkan sekelompok tadi. Setelah matahari terbit. Aku dengan Ayah Abu sampai ke destinasi dengan selamat dan jenazah selamat dikebumikan pada pukul 8.00 lebih pagi. Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatu.”

(Aku tak takut cuma terkejut)

Orang yang ada iman pun teruk diganggu apatah lagi yang tak ada iman

(Yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari dariku sendiri)

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)