Bakal Suami Jauhkan Diri, Wanita Redha Batal Majlis Nikah Saat Akhir & Bakar Kad Jemputan

Setiap insan yang menjalinkan hubungan percintaan sudah pasti mengimpikan pengakhiran yang bahagia dimana dapat membina mahligai dan menjejaki alam perkahwinan bersama.

Namun bagaimanapun tidak semua daripada kita dapat mengecapi hal tersebut, ada yang terputus ditengah jalan dan ada juga yang tergantung tak bertali.

Sebab itu lah orang selalu kata, jangan bermain dengan hati orang jika tiada niat untuk menghalalkannya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita terpaksa membatalkan majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan 2 hari lagi mencuri perhatian ramai.

Menerusi beberap video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Jieyhaa2 difahamkan dia sepatutnya mendirikan rumah tangga pada 15 Mei yang lalu namun terpaksa membatalkan majlis tersebut pada saat-saat akhir kerana bakal suaminya mula ‘menjauhkan diri’ beberapa hari sebelum majlis ijab kabul dilangsungkan.

Dia juga memaklumkan bahawa persiapan perkahwinan sudah siap hampir 80% termasuk baju pengantin, kad kahwin, doorgift dan sebagainya.

Jieha juga tidak menafikan bahawa dugaan semasa bertunang merupakan petunjuk bhawa jodoh mereka tidak panjang.

“Awal lagi Tuhan dah tunjuk bukan jodoh, tapi kuat tempuh jugak sampai akhirnya. Dugaan bertunang baju terbakar. Cincin kena tukar.” ujarnya.

Wanita ini sama sekali tidak menyangka bahawa hubungan percintaan bersama lelaki yang dikenalinya selama 4 tahun akan berakhir sebegitu apatah lagi bila mengenangkan janji tunangnya yang akan menghalalkan wanita ini.

“Lagi dua hari sebelum akad nikah, awak dah mengelakkan diri daripada saya. Saya terpaksa batal akad nikah kita. Saya sedih sebab tak dapat teruskan majlis perkahwinan kita.”

“Ya Allah. Semoga diri ini terus kuat dengan dugaan yang akan mendatang. Tak kuat tapi cuba kuat. Lagi 2 hari nak akad nikah, sumpah sedih. Tak sangka jadi macam ni.”

Menerusi video yang lain, dia juga kelihatan membakar kad jemputan kahwin serta bunting majlis gara-gara terlalu kecewa dengan apa yang berlaku.

Video yang tular di laman TikTok:

@jieyhaa2 ya allah . semoga diri ini terus kuat dengan dugaan yg akan mendatang. tak kuat tapi cuba kuatt. lagi 2 hari nak akad nikah 😫 sumpah sedih. tak sangka jadi camni. semoga redha. dan dapat lelaki yg baik² amin #fyp #fypage ♬ bunyi asal – jieyhaa💓

@jieyhaa2 💪🏻awai lagi tuhan dah tunjuk bukan jodoh 😌 tapi kuat tempuh jugak sampai akhirnya😭 #fyp #fypシ゚viral ♬ bunyi asal – jieyhaa💓

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersimpati dengan dugaan yang menimpa wanita ini dan berharap agar dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik.

Antara komen warga maya:

“alhamdulillah sbb Allah dah tunjuk awal2 lagi…”

“semoga awak bertemu jodoh yang baik-baik insyaAllah”


“Allah sebaik-baik perancangan.. semoga ada kebahagiaan lain yang menanti..”