Pemuda Panik Ditarik Orang Utan Gara-Gara Masuk Tempat ‘No Entry’, Parody Netizen Bikin Dekah

Macam kita tahu, orang utan merupakan antara haiwan yang terancam bahkan ianya juga sangat agresif dan buas. Pun begitu, masih ada yang memulihara haiwan tersebut.

Bukan itu sahaja, bahkan kita juga akan lebih berhati-hati untuk mendekati mereka kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda kelihatan sangat panik apabila ditarik oleh orang utan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @utusantvofficial, kelihatan seorang pemuda dan rakannya sedang bersiar-siar di bahagian kandang Orang Utan di zoo malah sempat merakam dirinya yang menjenguk Orang Utan tersebut.

Tetapi apa yang lebih merlucukan adalah apabila sebaik saja dia menghulurkan tangannya, Orang Utan itu dilihat mengganas dan menarik bajunya.

Panik dengan situasi tersebut dia menjerit meminta tolong dan rakannya bergegas membantu namun Orang Utan tersebut masih tidak mahu melepaskan lelaki itu dan tetap menarik kakinya.

Pun begitu, di akhir video, kelihatan lelaki tersebut berjaya diselamatkan walaupun kakinya hampir digigit Orang Utan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat lelaki tersebut yang sengaja ‘mengundang padah’. Manakan tidak, tiada masalah, cari masalah.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menghembuskan nafas lega apabila tiada sebarang kecederaan serius yang berlaku terhadap lelaki tersebut.

Antara komen warga maya:

“samapai terangkat kaki member”

“sampai last aku berdebar nampak dia nak gigit”


“mungkin tu hari first dan last dia datang zoo kat sana”

Malah ada juga netizen yang sempat membuat ‘parodi’ tentang situasi tersebut yang nyata mengundang dekah ramai !

Video parodi:

@julianadamhib : mas-mas panik🙏

♬ ha ah tolong – Jul

Video asal yang tular:

@utusantvofficial Dia nak buat kandungan media sosial, masuk tempat yang no entry. Kejadian di Zoo Kasang Kulim, Pekanbaru, Riau | 6 JUN 2022. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok ♬ original sound – UtusanTV