Sabar Beratur Tunggu Kereta Api Lalu, Lain Pula Yang Sampai Undang Dekah Netizen

Sebagai pengguna jalan raya ynag berhemah, ita perlulah mengikut peraturan yang ditetapkan bagi menjaga keselamatan diri dan orang lain malah malang juga tak berbau dan boeh terjadi bila-bila masa sahaja.

Sama juga seperti situasi yang dikongsikan penunggang motorsikal ini apabila mereka perlu memberi laluan kepada kereta api yang ingin tiba ini.

Sudah tentu ianya sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak bertembung dengan kereta api yang besar itu.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @andme0_0, kelihatan mereka sedang menunggu kereta api yang melalui landasan tersebut di bawah terik panas.

Pun begitu, apa yang membuatkan ramai yang terhibur melihatnya adalah, kereta api tersebut bukanlah seperti yang disangka oleh orang ramai.

Rupa-rupanya yang tiba adalah hanya kereta api mini membuatkan oarang disitu terhibur dan dalam masa yang sama ‘geram’ kerana perlu menunggu lama untuk kereta api mini tersebut.

Bukan sahaja kecil malah kereta api mini itu juga siap berhenti di tengah-tengah laluan itu untuk menurunkan penumpang. Melihat ketibaan kereta api itu, ramai yang berseloroh berasa tertipu apabila terpaksa menunggu lama semata-mata untuk kereta api yang kecil seperti itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@andme0_0 ngakak sampe mau nangis🤣🤣 #iamaddictedto ♬ I’m Addicted To – SUBAG GOO

Ketika artikel ini ditulis, vidoe tersbeut telah meraih 5.5 Juta tontonan, 703.5K tanda suka, 9388 komen dan 10.3K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen juga terhibur melihat situasi tersebut dan berseloroh mengatakan kereta api tersebut sempat menurunkan penumpang di hadapan orang yang sedang beremosi gara-garanya.

Bahkan dalam masa yang sama, para netizen juga mengatakan ianya benar-benar ingin menguji kesabaran kita sebagai manusia.

Berikut merupakan komen warga maya:
“Semua menunggu dengan sabar.”

“Uji kesabaran.”

“Sempat pulak turunkan penumpang depan orang-orang yang lagi emosi.”


“Mana berhenti di tengah-tengah lagi.”