Pernah Kecewa Ditinggal Kekasih, Pemuda Tekad Kurus & Terus Handsome Seperti ‘Oppa’ Korea Buat Netizen Kagum

Lumrah zaman kini, ramai yang menjadikan rupa dan juga harta sebagai kayu ukur untuk mencintai seseorang sehinggakan berlakunya penghinaan yang membuatkan seseorang itu berada pada titik yang terendah.

Namun, ada juga yang menjadikan segala komen negatif dan segala kekecewaan sebagai penguat semangat untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda nekad untuk ‘keluar’ daripada belenggu berat mencuri perhatian ramai.

Tiada apa yang mustahil didunia ini jika kita betul-betul berusaha. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @thisisds_, pemuda yang dikenali sebagai Oddi itu menunjukkan perbezaan dirinya yang dulu dan kini.

Namun siapa sangka, kini dia tampil lebih bergaya dan yakin selepas berjaya menurunkan berat badannya sehingga kelihatan seperti ‘oppa’ dalam drama Korea.

Bukan sahaja berjaya menurunkan berat badan malah dia juga kelihatan mengubah cara pemakaiannya yang takpak lebih kemas dan bergaya.

Dalam masa yang sama, pemuda ini juga tidak lokek untuk berkongsikan tips diet yang dilakukannya sehingga mencapai tahap berat badan yang lebih ideal.

Difahamkan, ketika di waktu pagi dia hanya meminum air putih sejurus selepas bangun dari tidur. Dia juga kebiasaannya tidak akan bersarapan kerana tidak biasa makan di waktu pagi sejak dari kecil lagi.

Manakala pada tengahari pula, dia hanya memakan sayur-sayuran dan ikan saja dan mengambil buah-buahan pada waktu malam selepas melakukan senaman.

“Hindari makanan ringan, minuman bersoda, minuman beralkohol, makanan atau minuman yang manis dan terlalu masin dan makanan yang berminyak.”

“Tiada yang mudah, semuanya memerlukan usaha. Konsisten dalam melakukan ini kerana ini bukan untuk orang lain tetapi untuk kepuasan dan kesihatan diri sendiri,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok:

@thisisds_🥠♬ Fortune Cookie in Love ( Fortune Cookie Yang Mencinta) – JKT48

@thisisds_♬ What a shame – jules gf

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 13.7M tontonan, 1.4M tanda suka, 22.7K komen dan 16.2K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji penampilannya yang sangat ketara itu malah ada yang menjadikan ianya inspirasi untuk menurunkan berat badan.

Berikut merupakan komen warga maya: