“Manja kali dia guys,” Oyen Bergayut Manja Pada Kaki Tuan Buat Ramai Terhibur

Sebut saja nama oyen, apa yang terbayang di minda pasti gelagat nakal dan kelincahan kucing tersebut. Puas kita lihat di seluruh medial sosial tentang perangai nakal si oyen ni.

Oyen secara tidak langsung terkenal dengan perangai gengster mereka selain turut mencuit hati ramai. Tapi pernah tak kita nampak oyen yang manja dan baik?

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok, @avbettahouse telah berkongsi video gelagat kucingnya yang berwarna oren sedang bermanja-manja dengan suaminya.

Dikatakan suaminya itu baru sahaja pulang ke rumah dari kedai. Apa yang menarik perhatian netizen adalah oyen tersebut menerpa serta memeluk kaki tuannya itu seolah-olah inginkan perhatian.

Bukan sahaja memanjat dan bergayut di kaki tuannya, malah kucing tersebut sangat manja seperti anak kecil yang enggan melepaskan bapanya! Oyen itu juga dilihat mengekori kemana sahaja tuannya pergi.

Gelagatnya itu turut mengundang dekah pasangan suami isteri itu. Oyen atau namanya Muezz tidak mahu melepaskan cengkamannya daripada tuannya itu walaupun sudah disuruh turun beberapa kali.

Selain mencuit hati orang ramai, pengguna TikTok yang melihat situasi itu juga hairan bagaimana seekor oyen boleh manja sebegitu rupa kerana selama ini perangai oyen memang nakal dan lincah!

Sejak video tersebut dimuat naik, ianya berjaya mengumpul sebanyak 405.3k kali tontonan dan 45.4k tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@avbettahouse♬ original sound – AvBettaHouse

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji kecomelan Muezz. Selain itu netizen turut geram melihat perangai Muezz yang manja macam anak kecil!

Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan netizen di TikTok

“bestnya ada kucing manja mcm tu🥰kucing saye garang mcm gimau😅”

“😂😂😂 comel tgok gelagat mereka😂😂😂😂”


“Manja kali dia guys 😂”