“Kakinya tu bergaya betul” Gelagat Oyen Berdikari Pegang Botol Susu Sendiri Buat Netizen Terhibur

Ada sejenis kucing yang menjadi feveret orang ramai iaitu kucing oren rakyat Malaysia lebih gemar menggelar sebagai oyen.

Tak kiralah baka apa pun, kalau kucing tu bulunya warna oren, automatik tergolong dalam persatuan kucing-kucing oyen seMalaysia.

Oyen ni boleh dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair

Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni. Mesti ada je akalnya nak buat masalah.

Namun lain pula ceritanya kali ini dimana oyen kelihatan berdikari menguruskan diri sendiri mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @elygejora1, kelihatan si bulus itu yang begitu teruja dan sudah tidak sabar lagi untuk minum susu yang diberikan.

Namun apa yang membuatkan netizen terhibur adalah si oyen kelihatan pandai untuk berdikari dengan sendiri dimana kucing itu memegang botol susu tersebut dengan sendiri tanpa bantuan dari pemiliknya.

Lebih melucukan, dia turut memegang botol susu itu dengan bantuan dari kakinya yang turut sama menahan botol tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@elygejora1 setiap Mt dot gak sabaran bgt bara#foryoupage #foryou #fypシ #streetfeedingkucing #kucingoyen #fypシ #kucinglucuimut #fypシ ♬ suara asli – Ely gejora

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.0M tontonan, 124.4K tanda suka, 2549 komen dan 4292 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat oyen yang pandai menyusu sendiri malah para netizen juga mengganggap kucing itu sudah diajar untuk berdikari oleh pemiliknya itu.

Antara komen warga maya:

“Oyen oyen.”

“Pandai dia nyusu sendiri…”

“Kakinya tu, bergaya betul.”


“Uish tak expect langsung aku dia akan buat kaki macam tu. Aku ingatkan tuan empunya dia sendiri akan tolong pegang…”

Bagus pula oyen kalini.. Kalau tidak asik buat hal aje kikiki