‘Prank’ Owner Mydin Sempena Birthday, Sikap Humble Datuk Ameer Naik Lori Raih Pujian Ramai.

Siapa tidak kenal dengan Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin yang juga merupakan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. Bukan sahaja pemurah namun sikapnya yang ‘humble’ membuatkan dia disegani ramai.

Terdahulu dia menjadi bualan ramai apabila telah ‘menghalalkan’ setiap orang yang terkesan dengan banjir masuk ke dalam kedainya untuk mengambil barang keperluan.

Baru-baru ini, staff Mydin berkomplot untuk melakukan ‘prank’ kepada Datuk Ameer sempena hari lahirnya mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh @akak_wani, pada awalnya kelihatan Datuk Ameer dan isterinya menaiki sebuah kereta namun driver mengatakan kereta tersebut rosak dan perlu menunggu lori yang datang.

Pun begitu, sikap Datuk Ameer dan isteri yang tidak merungut untuk menaiki lori meraih pujian ramai. Manakan tidak, walaupun berstatus orang ternama namun masih tidak kekok untuk menaiki lori.

Walaupun ‘prank’ hampir terkantoi apabila dia menjumpai kamera di dalam lori namun jawapan pemandu lori sangat meyakinkan membuatkan Datuk Ameer mengubah perhatiannya terhadap perkara lain.

Namun setibanya mereka di Mydin, dapat kita lihat Datuk Ameer diraikan dengan begitu meriah sekali malah ramai diantara staff turut ‘turun’ untuk meraikan hari ulang tahun Datuk Ameer.

Dalam sebuah ucapan, dia merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membuat kejutan hari lahirnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikapnya yang tidak sombong malah ada yang akui pernah terserempak sengan Datuk Ameer dan menyifatkan beliau merupakan seorang yang sangat rendah diri.

Bukan itu sahaja, netizen juga memuji reaksi Datuk Ameer yang langsung tidak merungut ketika kereta rosak dan perlu menaiki lori.

Antara komen warga maya:

“humble je kan boleh naik lori tak merungut pun”

“Dato memang tak sombong baru minggu lepas terjumpa kat mydn Subang siap tegur lagi memang terbaik”


“bos baik ramai sayang”

Video yang tular di laman TikTok:

@akak_wani #hepibesday🎉 ♬ original sound – user:akak_wani

@akak_wani Reply to @adindaroffa ♬ original sound – user:akak_wani