“Buat hal la yen” Orang Awam ‘Pening’ Selamatkan Oyen Sesat Atas Jalan, Siap Main Kejar-Kejar!

Kalau sebut je pasal Oyen ni, memang ramai dah tahu dengan gelagat nakalnya. Manakan tidak, ada sahaja perkara pelik yang hendak dilakukannya.

Jadi tidak hairanlah kalau Oyen menjadi antara kucing ‘favourite’ rakyat Malaysia masa kini memandangkan telatahnya sering membuatkan ramai tidak kering gusi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seekor kucing berwarna oren dilihat berlegar-legar di jalan raya menyebabkan berlaku kekecohan dek kerana ingin menyelamatkannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @chelatidur, dikatakan kejadian tersebut berlaku di Taman Melati, Gombak.

Dapat kita lihat, Si Oyen yang sesat entah daripada mana berlegar di atas jalan raya.

Dalam masa yang sama, beberapa orang awam termasuk abang ‘rider’ Grab Food turut berhenti untuk menyelamatkan kucing tersebut daripada dilanggar kenderaan yang lalu lalang.


Puas bermain kejar-kejar dengan Oyen, akhirnya si bulus itu berjaya ditangkap dan diselamatkan oleh salah seorang pemuda di situ.

Difahamkan, pada awalnya terdapat dua ekor kucing dan kucing pertama yang berwarna putih telah pun dapat ditangkap namun kucing yang berwarna oren ini dikatakan ‘terlebih’ lincah sehingga memerlukan beberapa orang awam yang lain untuk menyelamatkannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat situasi disitu yang agak kecoh gara-gara seekor Oyen.

Bukan itu sahaja, netizen juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang awam kerana membantu menyelamatkan kucing tersebut daripada dilanggar kenderaan yang melalui jalan itu.

Antara komen warga maya:

“ada 2 ekor, warna putih saya dah dapat tangkap, yang si oyen ni lincah sangat”

“so kita kena fikir kenapa abang grab or foodpanda kadang2 lambat, disebabkan banyak masalah atas jalan diorang kena settle, tabik la!”


“Oyen ni tak sah kalau tak buat hal”

“lampu merah tu macam tau tau je ada kecemasan nak tangkap kucing”

Video yang tular di laman TikTok:

@smolsosmoll♬ original sound – chelatidur