“Nak ayah & ibu bersama balik,” Niat Nak Buat Kejutan Birthday, Luluh Hati Ibu Bapa Dengar Permintaan Anak

Membesar dalam keadaan ibu bapa bercerai bukan sesuatu yang mudah buat anak-anak. Anak-anak terpisah dengan salah satu orang tua mereka.

Anak-anak yang membesar dalam keluarga sebegini juga mungkin berasa kekurangan kasih sayang dan merindukan suasana keluarga bahagia seperti yang pernah mereka rasai.

Walau bagaimanapun, ajal maut dan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Persis kisah seorang anak perempuan bernama Lily, di mana dia meminta sesuatu pada hari jadinya yang susah untuk ditunaikan oleh si ibu dan bapa.

Momen sebak ini sempat dirakam oleh Laila Laily iaitu ibu kepada Lily. Difahamkan dia dan suaminya telah bercerai.

Video memaparkan budak perempuan itu diberi kejutan sempena hari kelahirannya. Ayahnya turut menghadiahkannya kek, belon dan coklat.

Disebabkan hari tersebut hari jadi anaknya, si ayah bertanya hadiah apa yang dimahukan dan berjanji akan tunaikan segala permintaan anak perempuannya itu.

Pada mulanya Lily malu untuk menzahirkan hasratnya itu dan medekati ayahnya bagi untuk memberitahu keinginannya.

Walau bagaimanapun orang ramai di situ menyuruh Lily untuk suarakan sahaja apa yang dimahukan.

Ibu bapa Lily pada mulanya menyangka Lily akan meminta hadiah seperti yang sentiasa diminta oleh kanak-kanak selingkungan umur dengannya.

Namun kejutan yang dibuat untuk Lily rupanya terbalik apabila ibu bapa Lily dikejutkan dengan permintaan Lily yang ingin mereka bersatu kembali.

Pun begitu Laila akui permintaan itu berat baginya dan bekas suami namun mereka berjanji akan memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak mereka.

Video yang mengundang sebak ini ternyata mencuri perhatian ramai dan kini tular dengan mengumpul jumlah tontonan sebanyak 2.2 juta dan 213.6 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@lailalaily01 Kejutan untuk kakak, tapi kakak bagi semula kejutan besar utk kami😭how kakak😭 hb ank ibu ayh, kami jnji x tjejas kasih syg kami pd ank2 #fypシ #lagu2022 #sayanganak ♬ bunyi asal – Laila Laily

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sebak mendengar permintaan Lily. Ramai juga berkongsikan pengalaman membesar sebagai mangsa perpisahan keluarga.

Dalam pada masa yang sama, mereka turut mendoakan yang terbaik buat keluarga ini.

Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di TikTok

“Aku pon nangiss….sedap gak air mata ni waktu2 cmni”

“Mesti dh lama dia pendam hasrat tu 😢”

“hnya mangsa perpisahan kluarga akan merasainya…”


“kembali lah… jika perpisahan kamu berdua bukan melibat kan orang yg ke 3”

“Terharu..hanya yg melalui memahami perasaan anak2…”

“aku tgk berulang2 pun aku ttp nangis..😭😭😭😭”