“Nak marah tapi kena sabar,” Dua Orang Budak Didenda Tak Boleh Main Handphone Gara-gara Tertidur Dalam Kereta

Bila tiba bulan biasa mesti badan rasa penat dan mudah kalau nak terlena di mana-mana pun. Bukan sahaja budak-budak, kadang-kadang yang dewasa pun sama!

Tapi korang pernah tak terkunci disebabkan orang lain yang tertidur sebab penat sangat puasa?

Semalam tular sebuah kisah di mana seorang ibu dan kakak terkunci dari luar kereta akibat adik-adik yang disuruh untuk menjaga kereta terlelap tanpa sedar!

Menurut video yang dimuat naik oleh @zeemangos, kakak kepada dua orang adik-adiknya tadi, dia dan ibunya terpaksa menunggu di luar kereta selama hampir setengah jam!

Macam-macam usaha dilihat telah dibuat oleh gadis itu bersama ibunya. Daripada mengetuk cermin kereta sehingga memanggil nama mereka termasuklah meminta bantuan orang lain untuk menggoyangkan kereta!

Namun masih juga gagal. Dua orang adiknya itu gagal dikejutkan. Riak wajah ibu kepada gadis ini turut bertukar geram akibat sudah hampir berbuka!

Enggan menunggu lama, mereka bercadang untuk meminta pertolongan si abang untuk membawa kunci pendua.

Pada akhir video tersebut dilihat adik-adiknya dimarahi oleh ibu mereka serta didenda tidak boleh bermain handphone selama seminggu!

Walaupun video ini baru mencecah tempoh sehari, ianya tular dengan jumlah tontonan sebanyak 382.3 ribu dan 39.3 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@zeemangosBulan2 puasa ni rasa nak marah tapi kena sabar 😌♬ original sound – Darling

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen. Ada yang terhibur melihat gelagat adik-adik gadis ini yang lena diulit mimpi dan tak kurang juga yang berkongsi tip agar perkara tersebut tidak terjadi lagi.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Ya Allah aku ingt tunjuk org paksa beli nasi tomato🤣”

“Pernah jadi juga duluuuuu . Nama irfan mmg mcm ni kot .”


“Tgh hujan dapat ekon..badan penat plak tu..mmg lena la 😂”

“mujur umi korang tak libas guna payung😂buat hal lahaii”

“Kena stby kunci lebih dlm beg”

“Lena benor tido 😅😅”

“Alhamdulillah syukur semua Selamat”