[VIDEO] “Peh Baca Doa Slang Mat Salleh” Netizen Kagum Yusuf Iskandar Baca Doa

Instafamous cilik, Yusuf Iskandar iaitu anak kepada pelakon popular Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sekali lagi mendapat perhatian para peminat.

Di dalam satu video yang dimuatnaik di laman instagram, Yusf dilihat membaca doa makan dengan lancar. Walaupun usianya masih kecil, Yusuf sememangnya terkenal dengan kepetahannya.

Boleh dikatakan semua peminat memuji kelancaran Yusuf membaca doa.

Sebelum ini Hairul Azreen berkongsi Yusuf Iskandar lebih fasih bertutur dalam bahasa Inggeris berbanding dirinya.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata, isterinya yang juga pelakon Hanis Zalikha banyak memainkan peranan dalam pembelajaran anaknya itu.

“Yusuf tak bersekolah lagi. Lagi pula masih terlalu awal nak hantar dia ke sekolah. Malah, saya dan isteri pun belum terfikir dan bincang perkara ini.

“Cuma, di rumah isteri yang banyak ajar dia membaca. Isteri akan bercerita dan bertanya kepada Yusuf. Bahan bacaan pula lebih kepada bahasa Inggeris. Disebabkan itu, Yusuf pandai cakap bahasa Inggeris berbanding saya.

“Kadang kalau nak bercakap atau marah padanya, mesti tak jadi. Sebab tak tahu nak cakap apa. Jadi, saya minta isteri yang sampaikan. Tetapi, kalau saya berborak dengannya dalam bahasa Melayu, dia faham. Kemudian, dia balas dalam bahasa Inggeris,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Benda paling happy semalam, Yusuf nak makan sayur favourite dia dua tahun lepas! Sebenarnya kitorang hampalah sebab dia bukan ke dulu brokoli boi, tapi bila dia makin besar dia start pilih makan. Pastu bila consult paediatrician, dia cakap suruh try dua benda, 1) kurangkan minum susu & 2) bagi susu dalam cup. Ya Allah dua benda ni sangat susah ya. Selera Yusuf untuk susu sangat tinggi, dan sebab tu juga dia kenyang all the time dan tak hairan makanan. Pastu paed Yusuf kata kat Malaysia ni masalah besar anak-anak ialah transition dari susu nak ke makan, sampai parents pun dah selesa bagi susu je supaya kenyang, kadang sampai umur 4tahun pun masih belum makan betul2 dan jadi masalah kurang zat. Kita dengar ni nervous. / Yusuf lah tu, kuat minum susu je! Tapi pastu bila start consistent bagi dia Toujours Kids Fruit & Vege Blend @toujoursadvanced , dia macam ada selera nak makan. Macam serious la? Kitorang just ingat nak bagi dia nutrients and vitamin yang dia tak dapat sebab dia taknak makan. Tapi start one time tu, lepas minum susu dia mintak chicken and rice. Masa tu kitorang saling pandang each other like “omg ayang! Dia tak kenyang ke susu?? Dia teringin nak makan ke??” Dan finally semalam (lepas chicken and rice je setiap hari) try bagi balik sayur favourite dia yang dua tahun lepas tu, dan dia pun dah kembali ke pangkal jalan :’) I am just extremely happy. After this takyah bergantung dah. Mommy jelah kena rajin masak pelbagai 🤪 / Tip: Bagi Fruit & Vege Blend tu secara consistent sebelum meal time, dalam dua minggu tu dah nampak dia makin makan banyak. Pastu slowly start introduce balik segala sayur buah berlainan untuk setiap waktu makan. Laaah diorang ni baby balik rupanya nak kena introduce balik 😒 Esok launch @toujoursadvanced kat www.toujours.com.my bolehlah korang teliti semua ingredients and nutritional facts dia sebelum beli.

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Benda paling happy semalam, Yusuf nak makan sayur favourite dia dua tahun lepas! Sebenarnya kitorang hampalah sebab dia bukan ke dulu brokoli boi, tapi bila dia makin besar dia start pilih makan. Pastu bila consult paediatrician, dia cakap suruh try dua benda, 1) kurangkan minum susu & 2) bagi susu dalam cup. Ya Allah dua benda ni sangat susah ya. Selera Yusuf untuk susu sangat tinggi, dan sebab tu juga dia kenyang all the time dan tak hairan makanan. Pastu paed Yusuf kata kat Malaysia ni masalah besar anak-anak ialah transition dari susu nak ke makan, sampai parents pun dah selesa bagi susu je supaya kenyang, kadang sampai umur 4tahun pun masih belum makan betul2 dan jadi masalah kurang zat. Kita dengar ni nervous.
/

Yusuf lah tu, kuat minum susu je! Tapi pastu bila start consistent bagi dia Toujours Kids Fruit & Vege Blend @toujoursadvanced , dia macam ada selera nak makan. Macam serious la? Kitorang just ingat nak bagi dia nutrients and vitamin yang dia tak dapat sebab dia taknak makan. Tapi start one time tu, lepas minum susu dia mintak chicken and rice. Masa tu kitorang saling pandang each other like “omg ayang! Dia tak kenyang ke susu?? Dia teringin nak makan ke??” Dan finally semalam (lepas chicken and rice je setiap hari) try bagi balik sayur favourite dia yang dua tahun lepas tu, dan dia pun dah kembali ke pangkal jalan :’) I am just extremely happy. After this takyah bergantung dah. Mommy jelah kena rajin masak pelbagai 
/

Tip: Bagi Fruit & Vege Blend tu secara consistent sebelum meal time, dalam dua minggu tu dah nampak dia makin makan banyak. Pastu slowly start introduce balik segala sayur buah berlainan untuk setiap waktu makan. Laaah diorang ni baby balik rupanya nak kena introduce balik  Esok launch @toujoursadvanced kat www.toujours.com.my bolehlah korang teliti semua ingredients and nutritional facts dia sebelum beli.

Dalam masa sama, Hairul berkongsi isterinya yang kini anak kedua dengan usia kandungan mencecah empat bulan dijangka bersalin pada Mei ini.

“Buat masa sekarang, saya risau jika jadual penggambaran filem bertembung dengan tarikh jangkaan bersalin isteri. Kalau boleh saya nak ada di sisi isteri sama macam Yusuf dulu. Jadi, saya berharap perkara ini tak berlaku.

“Soal jantina anak, kami belum tahu lagi. Kalau boleh, nak tahu ketika bersalin nanti. Macam isteri, dia nak anak perempuan. Saya pula tak kisah. Asalkan anak yang bakal lahir sihat dan sempurna,” katanya