“Kenapa pokok tu tak ketepi?” Gadis Langgar Pokok Sewaktu Berbasikal Buat Netizen Terhibur

Demi mengekalkan kecerdasan dan kecergasan diri, walaupun dalam wabak pandemik, ramai juga daripada yang beriadah di taman rekreasi berdekatan. Contohnya berbasikal.

Selain dapat hindari stres, beriadah juga boleh mengeratkan lagi hubungan sesama rakan-rakan.

Sama juga seperti kisah seorang gadis ini yang sedang seronok berbasikal namun kejadian yang berlaku pada rakannya pula mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @havefaiith, memaparkan dua orang gadis sedang bermain basikal di sebuah taman rekreasi.

Namun apa yang membuatkan netizen terhibur adalah seorang daripada wanita tersebut kelihatan terhuyung hayang membawa basikal kerana tidak biasa mengayuh basikal.

Tidak cukup dengan itu, dia juga melanggar tanaman yang berada disekitarnya kerana dilihat hilang kawalan dan yang lebih teruk dia juga terjatuh dan membuatkan netizen tidak dapat menahan ketawa melihatnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@havefaiithBut props to her tho cos this was only her 2nd time cycling (both times were with me so clearly im not a good teacher 💀)♬ I’m Addicted To – SUBAG GOO

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.6M tontonan, 236.2K tanda suka, 7156 komen dan 7227 perkongsian.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat wanita tersebut yang tidak berputus asa mencuba mengayuh basikal walaupun sudah beberapa kali gagal.

Bukan itu sahaja malah para netizen juga berseloroh mengatakan banyak kemungkinan yang menyebabkan wanita tersebut terjatuh dan ianya bukanlah salah gadis tersebut kerana dia merupakan seorang perempuan.

Antara komen warga maya:

“Tepi laaa pokok tu alamak dia dah bunyikan loceng kann”

“dia ni kenapa.. letih lah gelak..”

“dia tak salah yang salah basikal dengan pokok tu, jangan salahkan dia”


“laluan punyalah sunyi takde orang dia boleh kemalangan”

“takk sekarang ni aku ulang banyak kali tauuu”

“kena buat lesen memandu untuk basikal ke ni?”