“Kaki saya kat kubur yang sakit” Temu Bual Isu Lif Rosak, Komen ‘Win’ Makcik Ni Raih Perhatian

Masalah infrastruktur rosak seperti lif yang tidak berfungsi dengan baik bukanlah satu isu yang baharu apatah lagi buat mereka yang tinggal di kawasan flat.

Seperti yang kita tahu, kini di media sosial sedang viral tentang isu masalah lif rosak itu terjadi di PPR Kempas Rampai di mana ianya telah mengganggu kehidupan seharian penduduk di sana.

Sehingga ada video dimana budak kecil menangis kerana keletihan terpaksa menaiki tangga setiap hari ke tingkat 17.

Pun begitu, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila seorang makcik yang juga merupakan penduduk di flat tersebut tampil memberikan komen berkenaan isu itu.

Menerusi video sedutan rakaman temu bual berita TV3 itu, mak cik tersebut yang mengalami kesukaran apabila terpaksa bergantung pada kaki palsu yang dipakainya untuk berjalan.

Menurutnya, masalah lif rosak itu telah menyebabkan dia berada dalam kesakitan yang luar biasa hampir setiap hari gara-gara masalah tersebut.


“Saya memang dah tak boleh tahan sebab saya kaki palsu. Bila saya buka kaki saya, bukan kaki saya yang ada ni sakit, kaki saya yang kat kubur tu yang sakit.” Ujarnya tegas

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen baru tahu mengenai sakit yang dialaminya ini iaitu Phantom Limb yang selalu dialami mereka yang telah kehilangan anggota badan.

Dikatakan, mereka masih akan tetap merasai sakit pada bahagian anggota kaki atau tangan yang telah pun dipotong walaupun anggota badan tersebut telah pun tiada.

Antara komen warga maya:
“Phantom limb tu wujud. Pesakit yang dipotong kaki akan rasa sakit lepas kaki mereka dipotong. Macam ada rasa kaki lagi even dah takde.”

“Mak cik ni dah lama tunggu wartawan interview dia.”


“Aku mula tak paham apa mak cik ni cakap tapi pas baca komen-komen ilmiah dalam ni, rupanya dia dalam kesakitan.”

“Benda ni betul, abang saya kaki sebelah dekat kubur. Dia kadang rasa kaki dia macam kena gigit semut.”

Video yang tular:

@akramhalib12 #tv3 #makcikpetir #makcikhebat #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokmalaysia ♬ Sikok Bagi Duo ( Tiktok ) – Meli Dedi