Lelaki Kecewa Ibu Mertua Tak Restu Gara-Gara Tak Kerja Kerajaan, Terpaksa Putus Tunang Saat Akhir

Tanggapan kerja kerajaan lebih terjamin masa depan masih menebal dalam fikiran masyarakat sehingga itu menjadi kayu ukur kepada seseorang untuk dijadikan menantu.

Sukar dipercayai, namun begitulah takdir menyedihkan yang kita perlu hadapi masa kini.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana cinta seorang lelaki tidak direstui bakal mertua mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @malikul_ammar, kelihatan seorang lelaki sedang memegang sejambak bunga untuk diberikan kepada kekasihnya yang baru sahaja pulang daripada Mesir.

Namun bakal tunangnya terlebih dahulu membuat kejutan apabila dia memberitahu ingin memutuskan hubungan mereka itu.

Difahamkan, ibu kepada wanita tersebut tidak merestui hubungan mereka oleh kerana lelaki ini tidak bekerja dalam sektor kerajaan malah bakal mertuanya itu juga mengatakan dia mahu lelaki yang bergaji besar untuk dijadikan suami kepada anak perempuannya.

Wanita tersebut bagaimana pun membuat keputusan untuk meninggalkan lelaki ini dan memutuskan pertunangan.


Apa yang lebih menyedihkan adalah, mereka sepatutnya akan bertunang dalam masa seminggu sahaja lagi sebelum kekasihnya memilih untuk menamatkan hubungan tersebut.

Bukan itu sahaja, wanita itu sempat memaklumkan bahawa seorang kerani kerajaan akan menghantar rombongan meminang pada minggu hadapan sebelum lelaki ini di ‘block’ di applikasi Whatsapp.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap wanita tersebut dan ibunya. Manakan tidak, usaha lelaki ini seakan tidak dipandang dan sanggup memilih lelaki lain dek kerana bukan kerja kerajaan.

Sedangkan, lelaki ini sudahpun membeli cincin dan membuat persiapan untuk pertunangan mereka.

Bukan itu sahaja, netizen juga meminta lelaki ini untuk bersabar malah mendoakan agar dia menemukan wanita yang jauh lebih baik buat dirinya.

Antara komen warga maya:
“Siap mention kerani kerajaan.”

“Ingat gaji kerajaan besar ke…”


“Dapat laki macam ni aku hargai macam permata.”

“Dia tak tahu ke kerani kerajaan gaji berapa?”

Video yang tular di laman TikTok:

@malikul_ammar tak sangka jadi macam ni #curang #pilihkasih #fyp @akademinikah.com ♬ Rumah Singgah – Fabio Asher