“Tak pernah menunjuk kekayaan” Kongsi Penampilan Terbaru Jep, Kereta ‘Mewah’ Pula Jadi Perhatian

Sebut sahaja nama Jep Sepahtu atau nama betulnya Muhd Nadzri Zainal Abidin, tentu terngiang-ngiang lawaknya yang spontan. Manakan tidak, ada sahaja yang hendak dibuatnya untuk membuat penonton tidak kering gusi.

Bukan sahaja sering menjadi pelakon, pelawak dan pengacara bahkan dia juga kini merupakan salah seorang daripada penyampai radio di Sinar FM.

Seperti yang kita tahu, pelawak yang jarang terpalit dengan kontroversi ini seringkali tampil berambut panjang.

Pun begitu, baru-baru ini isterinya Sariyanti berkongsi sebuah video dimana Jep baru sahaja pulang membeli makanan dan berambut pendek.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @Sariyanti_jep, dapat kita lihat pada awalnya Sariyanti menyambut kepulangan Jep sekaligus memaparkan wajah barunya yang berambut pendek.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian adalah warganet lebih tertarik kepada kereta berwarna hitam yang digunakan oleh Jep di dalam video tersebut.


Menerusi ruangan komen, rata-rata warga netizen bangga dengan sikap Jep yang tidak pernah menunjuk-nunjuk walaupun memiliki kenderaan mewah.

Bukan itu sahaja, netizen juga memuji imej terbarunya yang berambut pendek dan tampak lebih segak.

Antara komen warga maya:

“the one yang aku rasa tak pernah menunjuk kekayaan dia, idola”

“bagus jep.. jaga family..”


“Bently GT wow..”

“Jep ni bagus.. aku tak pernah dengar dia masuk melodi”

“tak pernah tak kelakar.. moga bahagia selalu”

Video yang tular dilaman TikTok:

@sariyanti_jep ❤️ #viral #foryoupage #fypシ゚viral #fypage #fypシ #fyp ♬ bunyi asal – sariyanti

Sebagai rekod, Jep mendirikan rumah tangga dengan Sari Yanti Mohamad Nazari yang juga merupakan seorang anak seni, hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Jep juga merupakan bapa tiri kepada dua orang anak lelakinya yang merupakann hasil perkahwinan Sari Yanti terdahulu.