Bantu Gadis Tersangkut, Cara Pemuda Ini Persis Doktor Strange Buat Netizen Kagum

Flying fox adalah permainan extreme yang wajib dicuba bagi mereka yang gemar membuat aktiviti yang lasak bahkan ianya juga sangat menyeronokkan.

Pun begitu, tidak semua diantara kita berani berhadapan dengan ketinggian malah ada juga yang gayat dan takut.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis tiba-tiba tersangkut di pertengahan aktiviti flying fox mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @naniderphuc, kelihatan gadis itu sedang bermain flying fox di ESCAPE, Penang, sebelum dia tiba-tiba tersangkut ditengah-tengah aktiviti tersebut.

Dapat kita lihat, dia tidak boleh bergerak dan terpaksa mendapatkan bantuan daripada orang yang ditugaskan untuk menjaga bahagian keselamatan flying fox tersebut.

Pun begitu, apa yang membuatkan orang ramai kagum apabila melihat cara pemuda itu mengawal situasi dengan tenang dan rileks semasa membawanya kembali.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji tindakan lelaki tersebut yang sangat tenang membantu wanita itu malah ada yang mengatakan cara lelaki tersebut menariknya persis scene Doktor Strange sedang terbang.

“”Asal part dia tarik , macam Doctor Strange tengah terbang hahaa style” – Netizen

Dalam masa yang sama, ada juga yang memberikan komen terhadap lelaki yang berada di belakang yang takut dan teragak-agak untuk bermain permainan extreme yang lain.

Antara komen warga maya:

“guy at the back fighting for his life”

“the guy at the back walkinng to heaven”


“kalau aku menangis teresak esak dah tu”

“stuck in the middle of the trail”

“jalan kat jaring tu sumpah gayat”

“smooth”

“i pernah macam ni.. i gayat memang takut gila sampai kaki cramp”

Video yang tular di laman TikTok:

@naniderphuc legendary says the guy at the back is still struggling #fyp #escapepenang ♬ Chạy ngay đi _ Sơn Tùng MTP – dhn