Berhenti Kerja & Jadi Pekebun Sepenuh Masa, Gadis Ini Kongsi Kejayaan Tuai Hasil ‘Kebunurai’

Kisah gadis ini pernah tular ceritanya yang berhenti kerja sebagai pereka grafik dan penyunting foto di kota raya dan pulang ke kampung untuk menjadi petani moden.

Menurut Nuraishah Samsudin, dia yang berkongsi pengalamannya menghidap penyakit PCOS bersyukur tanamannya sangat menjadi.

Petani berjaya dan juga berjaya menukar pemakanan lebih sihat

Dia juga berjaya menukar cara pemakanan yang lebih sihat. Bukan itu sahaja, dia juga berjaya turunkan berat badan.

Pada kali ini dia berkongsi proses menaikkan ‘Kebunnurai’ (nama kebunnya) dari awal hinggalah ia mendatangkan hasil di laman Twitter.

Gambar pertama dekat kebun aku tuai

Mula-mula yang aku tanam ialah pokok buah. Sayur pulak bayam merah. Tu gambar pertama sayur dekat kebun yang aku tuai.

Lepas tu, hari demi hari aku buat batas sikit-sikit dari tanah kompos dekat kebun. Tanah tu datang dari kompos pokok-pokok yang ditebang masa bukak tanah.

Tanam pelbagai jenis sayur

Lepas bayam, aku tanam bendi pulak. Tu bendi pertama dekat kebun. Waktu tu dah mula tanam banyak sayur lain dekat batas.

Bayam merah pun dah makin banyak. Mula dari waktu ni dah kurang beli sayur dekat kedai. Yang mana perlu je baru beli.

 

Disahkan PCOS, gadis ini nekad untuk diet

Dalam waktu yg sama aku baru tau aku kena PCOS sebab pelik berat tak turun walaupun banyak buat kerja lepas tu time period pun sama tak betul.

Aku jumpa specialist tanya kenapa. Dia confirmkan aku PCOS. Terus lah diet ceritanya. Menu keli bakar tu menu pertama aku diet.

Disebabkan sebelah kebun aku hutan, banyak binatang buas masuk kebun rosakkan tanaman. Dulu plastik tutup barang kebun aku hilang.

Ingatkan orang masuk curi. Rupanya monyet. Babi hutan pun selalu masuk rosakkan semua tanaman. Pokok tumbang, serangan pathogens, macam-macam.

Buat tempat teduh bahan terpakai dari rumah

Bila dah berkali-kali pokok buah aku patah riuk kena kerja dengan babi dan monyet, aku pasang jaring hitam keliling pokok.

Babi tak kacau terus dah. Babi ni senang je nak kawal dari dia masuk. Pagar kena kuat. Selesai masalah. Tapi bab monyet, buat lah halangan apa pun. Tak lut.


Pastu aku buat para timun dengan tempat teduh sayur manja pulak. Dua projek ni siap tahun ni.

Tempat teduh tu aku buat waktu PKP guna bahan terpakai dari rumah. Angkut sikit-sikit bawak ke kebun. Net hitam, cable tight, tali jut dengan skru je beli. Tu tuaian timun pertama kebun.

Hari-hari experiment dengan pokok

Hari-hari aku semai pokok baru dan experiment dengan memacam jenis pokok tengok hidup ke tidak kalau tanam dekat tanah rendah ataupun tempat yang bukan asalnya.

Kadang aku biar pokok jadi tua sebab nak tengok macam mana benih dia terhasil. 1st pic ketumbar, 4th pic ketumbar berbunga.

Aku tanam pokok bunga arachis pintoi keliling kebun terutamanya tempat sayur supaya dia bagi baja nitrogen ke tanaman lain.

Tumbuhan ni jugak buat rumput liar lambat naik dan jugak buat kebun nampak cantik. Aku panggil pokok ni bunga kuning.

Buat tanah campuran sendiri

Aku buat tanah campuran sendiri yg terdiri dari kompos rumput di kebun, abu pembakaran, vermicompost, tahi ayam kompos, pasir. Ikut mana yang ada buat masa tu.

Tanah campuran tu banyaknya guna untuk semaian anak pokok. Aku tau semua benda yg digunakan dekat kebun aku.

Tak pernah terfikir nak jadi petani sepenuh masa

Dipendekkan cerita, apa yg aku buat ni tak lah 100% sustainable ataupun self sustain. Apa yang tak cukup masih cari kedai jugak. Tapi itu lah dianya.

Susah untuk kita sediakan semuanya sendiri. Tapi kena ada usaha untuk sediakan sebanyak yang boleh sendiri. Yang mustahil baru beli.

Tak pernah terfikir nak jadi petani sepenuh masa. Semuanya jadi secara tak sengaja. Sekarang ni tujuan Kebunurai hanya satu, ajak orang bercucuk tanam secara organik di rumah masing-masing.

Tingkatkan kualiti dan taraf hidup

Meningkatkan kualiti dan taraf hidup seisi keluarga. Gambar terbaru 2020, semakin kurus. Satu ja pesan aku dekat siapa yg masih mencari kerja ataupun belum dapat kerja.

Gunakan masa yg ada sebaiknya. Buat kerja part time, kerja apa-apa bidang lain sekali pun, asah skill atau hobi yg ada. Jangan banyak buang masa scroll social media, main game dan lain-lain. Jadi lagi baik.

Semoga perkongsian ini dapat mendatangkan manfaat dan faedah kepada pembaca dan diharap Nuraishah Samsudin terus berjaya dengan Kebunnurai.