“Jangan sedap hina..nanti terkena..” Aliff Aziz

Dunia hiburan di tahun baru 2020 menyaksikan isu melibatkan Aliff Aziz apabila tular satu video pelakon itu bertengkar mulut dengan beberapa individu serta mengeluarkan kata-kata yang tidak elok.

Walaupun sudah beberapa hari video itu menjadi buah mulut netizen, Aliff Aziz dilihat mendiamkan diri tanpa memberi kenyataan kepada media.

Namun semalam, menerusi muatnaik di Insta Story, Aliff dilihat telah memuat naik status ringkas yang dilihat seolah-olah ditujukan kepada semua netizen.

Di dalam status tersebut, Aliff berkata teruslah mempersenda atau ketawakan tindakannya itu kerana orang luar tidak merasai yang sedang dilaluinya sekarang.

Malah, menurutnya hanya dia sahaja tahu situasi yang sedang dirinya alami dan dia tidak perlu memberi sebarang penjelasan kepada sesiapa.

Namun bagi Aliff, walau apa jua yang diterimanya dia masih lagi hamba Allah.

“Keep laughing at my pain. Yes I f*cked up. I brought it upon myself. But trust me, walk in my shoes and you’d probably fall the first step. Yes i shammed my loved ones. Noone knows my predicament.”

“It’s okay. I don’t owe anybody any explaination. Not preaching, but for as long as i live Allah ada no matter how screwed up people think of me I am still His servant.”

“It’s funny how people claim to be Muslim yet they run their mouth like they are best of servants. Reflect yourself in the mirror and see if you’re fit to judge. Note to self too. No offence. All love.”

“Rezeki semua tangan Tuhan. Jangan sedap hinaa nanti terkena batang hidung sendiri baru rasa padannya.”

Aliff juga menyindir golongan yang mengaku Islam tetapi memberikan komen negatif terhadapnya seolah-olah mereka hamba Allah yang baik.

Lihat: [VIDEO]”Lu Panggil Lu Punya Bos Turun” Aliff Aziz Buat Hal Lagi Kali Ini Di Tempat Awam

Di akhir status, Aliff turut menyatakan rezeki di tangan tuhan dan mengingatkan netizen supaya jangan sedap menghinaa takut nanti terkena batang hidung sendiri.

Untuk rekod, sebelum ini telah tular satu rakaman video yang menunjukkan Aliff Aziz sedang bertengkar mulut sehingga dia seperti mahu mengeluarkan kemaluannya.

Semoga Aliff dapat menjalani hidup dengan tenang dan selepas ini tiada lagi berita yang tidak enak dari Aliff Aziz.

Video Aliff Aziz yang tular sebelum ini

https://www.facebook.com/OfficialsFidzMusic/videos/458338868443071/