[VIDEO]”Lu Panggil Lu Punya Bos Turun” Aliff Aziz Buat Hal Lagi Kali Ini Di Tempat Awam

Sekitar hujung tahun lalu nama Aliff Aziz kian meniti di bibir orang ramai apabila pelakon lelaki itu ditahan oleh pihak polis.

Sebelum ini nama beliau telah menjadi bualan apabila kisah rumahtangganya yang berentakan.

Akhirnya setelah beberapa kemelut melanda rumahtangga mereka, Aliff dan Bella membuat keputusan untuk berpisah.

Pelakon itu dikatakan telah mengganggu ketenteraman awam

Sebelum ini, pelakon tinggi lampai itu dikatakan telah mengganggu ketenteraman ketika berada di tempat awam dalam keadaan mabuuk.

Namun begitu, baru sahaja melangkah ke tahun baru 2020 nampaknya pelakon ini sekali lagi telah menarik perhatian ramai.

Aliff Aziz dikatakan telah bertengkar

Bekas suami Bella Astillah itu dikatakan telah bertengkar dengan beberapa individu menerusi satu rakaman video yang tersebar sekitar hari ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku di salah sebuah restoran di Singapura dan menerusi video itu Aliff turut dilihat mengeluarkan kata-kata kesat.

Pelakon itu turut berkelakuan kurang sopan

Malah, Aliff juga turut dilihat berkelakuan kurang sopan apabila membuka zip seluarnya untuk menunjukkan kemaluaannya.

Bukan itu sahaja, menerusi video selama 1 minit 30 saat turut memaparkan pelakon itu turut membaling kerusi ke arah individu berkenaan.

Video pertengkaaran itu telah mula tersebar di laman sosial Facebook yang dikongsikan oleh Official_Fidz.

Beberapa individu turut cuba menenangkan Aliff

Beberapa individu yang berasa di tempat kejadian dilihat cuba menenangkan Aliff namun mereka tidak diendahkan olehnya.

Semasa di akhir video berkenaan, Aliff seolah sedar tindakannya itu dirakam oleh seorang individu.

Sekitar tahun lalu, pelakon ini turut didakwa di mahkamah atas satu pertuduhan tidak berkelakuan senonoh di tempat awam.

Berhadapan dua lagi tuduhan lain

Selepas tu, Aliff turut berdepan dengan tuduhan mencuuri dan ada yang mendakwa ini merupakan tuduhan ketiga beliau.

Pada 3 September lalu, Aliff dituduh mencuuri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri.

Selain itu, satu lagi kes mencuuri sekotak rokok Marlboro serta pemetik api milik seorang lelaki di Starbucks Plaza Singapura.