“Saya & Aqish penat dengan fittnah”Ibu Puteri Balqis Nafi Ambil Dad4h

Beberapa hari ini, kisah adik Puteri Balqis meniti di bibir orang ramai. Ramai yang terkejut apabila mengetahui pelakon itu sedang dalam kesusahan.

Norashikin Mohd Aziz yang merupakan ibu kepada pelakon cilik itu menafikan dia dan bekas suami terbabit dalam penyalahgunaan dad4h seperti didakwa segelintir pihak.

Menurut Norashikin ketika dihubungi Harian Metro , khabar angin itu adalah fiitnah yang sengaja dilemparkan untuk mengeruhkan lagi keadaan dilaluinya sekarang.

Saya dan Aqish (Balqis) jadi penat dengan fitnnah ini

“Saya dan Aqish (Balqis) jadi penat dengan f!tnah ini. Berat sangat dugaan kami. Janganlah buat saya begini”.

“Saya tidak pernah ambil dad4h atau buat perkara itu di lokasi penggambaran. Saya tidak ada masa nak bersolek dalam keadaan anak saya sebegitu”.

Jangan kerana saya kurus dan serabai 

“Jangan disebabkan penampilan saya yang kurus dan ‘serabai’ orang fittnah saya sedemikian rupa”.

“Saya juga nak pertahankan bekas suami yang dituduh ambil dad4h. Walaupun kami bukan lagi suami isteri, fakta salah mengenainya saya kena betulkan”.

“Sepanjang kami bersama, tidak pernah ambil dad4h. Kalau tidak ada apa yang baik untuk diperkatakan mengenai kami, janganlah sampai fitnahh”.

Saya dan bekas suami tidak pernah terbabit

“Selama 10 tahun saya dan bekas suami terbabit dalam bidang ini, tak pernah pun nak ambil dad4h. Aqish sangat sedih dengan perkara ini,” ujarnya.

Ujar Norashikin lagi, itu juga antara salah satu sebab mengapa Balqis menarik diri pada saat akhir.

Puteri Balqis sepatutnya terlibat dalam penggambaran telefilem Tiada Galang Ganti terbitan A Aida Production semalam.

Pelakon cilik itu tidak mahu berlakon buat masa sekarang

Selain itu, Norashikin turut menjelaskan anaknya memang tidak mahu berlakon buat masa sekarang.

“Dia tidak mahu mendengar perkara negatif di lokasi. Sebelum ini dia tak pernah buat hal begini”.

“Dulu, apa saja masalah yang berlaku, dia tetap ke lokasi. Tapi kali ini sangat berbeza dan bertalu-talu kami kena”.

Takkan saya nak paksa Aqish berlakon

“Disebabkan itu, dia tidak mahu berlakon. Saya minta maaf sangat dengan A Aida Production”.

“Tawaran berlakon memang ada, tapi Aqish yang tidak mahu berlakon. Takkan saya nak paksa pula sebab yang mahu bekerja adalah dia”.

Aqish fokus lebih kepada penulisan

“Buat masa ini dia memang lebih kepada penulisan dan lebih suka bersendiri. Dia ada kawan tertentu saja.

“Orang dalam industri hiburan pun dia tidak mahu jumpa sangat,” katanya.

Sebelum ini, pelakon drama Akulah Balqis itu memuat naik luahan hati di Instagram berkenaan tuduhan segelintir pihak mengatakan ibunya mengambil dad4h.