Intan Najuwa Padam Lagi Gambar Tunang, Unfollow Instagram?

Nama Intan Najuwa dalam dunia lakonan tidak dapat disangkalkan lagi. Namun begitu, Setelah dia melangsungkan pertunangan pada Ogos 2019, Intan Najuwa sering berhadapan dengan isu dan dugaan sepanjang tempoh pertunangan.

Lumrah seorang Artis takkan lari dari sebarang kontroversi.

Sekali lagi, hubungannya dengan tunang yang dikenali sebagai Razrul Anwar Rulis didakwa bermasalah apabila artis terkenal itu dikatakan telah memadam foto dan juga unfollow tunangnya itu di laman Instagram.

Intan Najuwa hanya meninggalkan satu sahaja gambar mereka dimana mereka sedang makan bersama di sebuah restoran.

Namun begitu, Najuwa tidak memadam gambar mesranya bersama pelakon lelaki terkenal iaitu Zul Arifin dan Idris Khan sedangkan gambar itu pernah menjadi isu dan bual mulut netizen sebelum ini.

Mungkin juga salah satu punca  mereka sentiasa mempunyai masalah dalam perhubungan kerana jarak perbezaan usia Intan dan Razrul.

Beza usia 16 tahun ini dikatakan membuatkan pemikiran dan pendapat mereka tentang sesuatu perkara mungkin berbeza.

Sebelum ini mereka kelihatan bahagia dan sangat romantik. Tambahan pula, Tunang Intan sangat memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Pemilik nama penuh Intan Najuwa binti Abdul Wahid ini merupakan seorang pelakon wanita yang dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Abby dalam drama Hantu Punya Bos, sebagai Sharina dalam Khabar Dari Casablanca, dan juga sebagai Hanan Khaira dalam Kekasih Paksa Rela.

Najuwa bertunang dengan seorang usahawan berasal dari Kedah, Razul Anwar Rusli pada 18 Ogos 2019.

Semoga hubungan mereka kembali jernih dan kekal hingga ke jinjang pelamin.