Lupa Baca Doa Qunut Waktu Subuh? Pemuda Ajar Cara Lakukan Sujud Sahwi Dengan Betul

Solat merupakan tiang agama islam, dimana solat adalah wajib bagi setiap muslim dalam apa jua keadaaan.

Pun begitu, tidak dinafikan perkara yang paling sukar dalam solat adalah untuk kusyuk melainkan kita betul-betul fokus dalam setiap bacaan dan tertib.

Mesti ramai yang pernah hadapi perkara sama bukan? Bila dah di rakaat ke 2, fikiran mula melalut memikirkan hal lain sehinga terlupa kita sudah ke rakaat yang ke berapa, tak pun yang paling sering berlaku apabila kita terlupa apa yang telah dibaca. Mulalah tunggang langgang dibuatnya.

Pun begitu, baru-baru ini terdapat seorang pemuda yang dikenali sebagai Furqan Fawwaz menunjukkan cara membuat sujud Sahwi dengan melakonkan semula situasi solat Subuh sekiranya terlepas membaca doa Qunut mencuriperhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram nya itu, dia telah menunjukkan cara dan bacaan yang harus dibaca di dalam sujud tersebut.

Jelasnya, sujud Sahwi perlu dilakukan sebelum memberi salam pada tahiyat akhir. Malah sujud hendaklah dibuat dua kali beserta lafaznya iaitu sebanyak tiga kali berturutan.

Kemudian, duduk semula dalam posisi tahiyat akhir dan beri salam seperti biasa tanpa mengulang bacaan lagi.

Sujud Sahwi bukanlah hanya dilakukan sekiranya terlepas membaca doa Qunut ketika waktu solat Subuh tetapi juga dalam situasi lain misalnya jika seseorang itu terlepas melakukan tahiyat awal ataupun berasa ragu-ragu terhadap bilangan rakaat dalam solat.

“Antara sebab lain yang perlu melakukan sujud sahwi selain terlupa Qunut ialah:

“Terlupa membuat tahiyyat awal pada rakaat kedua dan juga terlupa bilangan rakaat atau tertambah bilangan rakaat maka perlu buat sujud sahwi sesudah membaca bacaan tahiyyat akhir sebelum bagi salam.

“Cuma jika sekiranya terlupa juga membuat sujud sahwi tiada masaalah solat masih sah kerana kita cuma meninggalkan perkara sunat, akan tetapi itu adalah sunat ab ‘adh.

“Sunat ab’adh ialah sunat yang sangat dituntut jadi kalau boleh elakkan dari terleka dari solat wallahu a’lam. ”

Biarpun begitu, menurut sumber daripada portal Mufti Wilayah Persekutuan, tidak menjadi sebarang masalah sekiranya masih terlupa untuk membuat sujud Sahwi kerana hukumnya adalah sunat.

Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LembaranJuzukCinta (@furqanfawwaz)

Semoga perkongsian Furqan menjadi asbab untuk kita perbaiki solat kita.