Jadikan Acara Lipat Kain Sebagai Sukan ‘Olimpik’, Gelagat Wanita Ini Buat Netizen Terhibur

Menjadi seorang suri rumah bukanlah satu perkara yang mudah dek kerana pelbagai perkara yang harus dilakukan bagi memastikan situasi di rimah berada dalam keadaan terurus.

Bagaimana pun, jika sampai saja masa untuk melipat kain, pasti ramai yang malas bukan? Apatah lagi bila kain tersebut sudah mula bertimbun.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita menjadikan acara lipat kain sebagai sukan olimpik dalam rumahnya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Nadiahasnan2, dia menunjukkan timbunan kain dan difahamkan ianya dari 4 buah bakul yang belum dilipat.

Dapat juga kita lihat, dia menetapkan masa selama 30 minit di telefon bimbitnya dan mencabar dirinya untuk menyiapkan tugasan itu dalam masa 30 minit sahaja.

Walaupun peluh mula menitik, namun wanita ini kelihatan sangat gigih melipat kain yang ada.

Lebih menghiburkan lagi, dia tidak dapat menghabiskan kesemua kain itu dan membuat reaksi kecewa kerana telah gagal dalam acara ‘olimpik’ tersebut.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat wanita ini malah kagum melihat dirinya yang gigih melipat kain tersebut.

“Okay tu dapat pingat perak. Saya biasa 2 hari, memang tak ada nombor” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga yang ingin mencuba kaedah ini untuk melipat kain agar ia lebih cepat.

Antara komen warga maya:

“Saya lipat baju sambil layan TV.. mau sejam baru siap”

“Saya 1 bakul amik masa seminggu.. tak layak masuk apa-apa sukan”


“Rasanya kena buat macam ni jugak, kerja 10 minit jadi berejam bila dengan phone”

“Dah hantar proposal tadi..”

“Saya yakin dengan persiapan yang lebih rapi pada tahun hadapan, Atlet ini mampu membawa pulang pingat emas buat Malaysia. Ayuh!”

“Walau gagal mendapat emas, sekurang2nya sis telah berjaya ke final mewakili Malaysia”

“Saya baru siap lipat 2 bakul.. suami boleh je tolong tapi sakit mata tengok kain dia lipat”


Video yang tular di laman TikTok:

@nadiahasnan2Acara melipat kain 4 bakul🤣♬ original sound – Nadia Hasnan