Izin Anak Peluk Islam, Gelagat Ayah ‘Confius’ Tudung Dengan Telekung Undang Tawa Netizen

Masuk ke agama islam bukanlah bermaksud perlu memutuskan hubungan sesama ahli keluarga bahkan banyak di luar sana yang masih menjalinkan hubungan baik walaupun berlainan agama.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anak mendoakan ayahnya memeluk islam mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Happymayseafood, difahamkan seorang ahli keluarganya memakai tudung untuk keluar namun ayahnya menyangka tudung tersebut merupakan kain telekung dan tidak sesuai untuk dibawa ke luar.

Hal ini kerana, tudung tersebut kelihatan labuh dan mempunyai niqab menutupi separuh wajah.

Bagaimana pun, dia menjelaskan yang dipakai itu adalah tudung dan bukanlah kain telekung seperti yang disangka.


Difahamkan, ayahnya itu redha anak-anaknya memeluk islam termasuklah May sendiri.

Menyifatkan ayahnya sebagai seorang sifu, May juga mendoakan agar ayahnya turut terbuka hati untuk memeluk islam.

“Bila baba redha anak-anak dia masuk islam.. tapi May tahu baba mesti oneday Insyaallah.. Ya Allah ya tuhanku May mohon agar hati baba lembut untuk terima islam seperti anaknya”

“Baba May yang sangat comel dan baik orangnya.. dia lah sifu May selama May berniaga” ujarnya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan caranya yang menerangkan kepada ayahnya tentang beza telekung dan tudung.

Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar satu hari nanti ayahnya terbuka hati untuk turut memeluk agama islam.

Antara komen warga maya:

“Ceritalah tentang islam pada baba selalu.. insyaallah akan terbuka sedikit2 untuk terima islam”

“Hidayah milik Allah.. moga dibukan pintu hatinya dan dapat sama2 berkumpul di syurga nanti”


“Memang comel baba u..”

“Baba nya tahu cuma belum sedia sebab tu dia izinkan anak2nya..”

“Walaupun anak dan ibu bapa berlainan agama, terasa sangat kasih sayang yang ada dalam keluarga awak..”


Video yang tular di laman TikTok:

@happymayseafood baba may yg sangat comel yg sngt baik orgnya ❤️ dialah sifu may selama may meniaga drpd umur may 18 smpi la ni dh umo 30 . semoga baba may hati terbuka sndr terima islam sebagai agama nya . amin amin #fyp ♬ original sound – Happymay Seafood