Connect with us

Viral

“Gelap & Seram” Lelaki Ini Kongsi Realiti Sebenar Suasana Di Penjara Kajang

Terdahulu, tular gambar sel penjara VIP namun pihak Jabatan Penjara Malaysia tampil menegaskan bahawa ianya adalah berita palsu malah ia sebenarnya sel penjara di Switzerland.

Terbaru, seorang lelaki telah berkongsi sebuah pengalamannya memasuki Penjara Kajang untuk sesi ‘shooting’ sebagai seorang pengamal media.

Menerusi sebuah video yang dimuat naiknya di laman TikTok @abangpejan, difahamkan keadaan sel penjara agak gelap dan dinding pemisah antara tempat tidur dengan bilik air hanyalah separuh dinding sahaja.

Mereka tidaklah hidup hanya di dalam sel itu malah para banduan bebas bergerak dalam penjara tapi dengan kawalan dan juga ada kantin untuk mereka makan.


Bukan itu sahaja, ada juga diantara banduan yang sedang membuat roti, kraf sebagai bentuk untuk mendapatkan wang.

Berkongsi lanjut, para banduan juga boleh menyambung pelajaran di peringkat tertinggi ketika dalam penjara kerana ada kelas-kelas yang ditawarkan kepada mereka.

Bagaimana pun, lelaki ini akui di dalamnya sangat gelap dan boleh merasakan ‘vibe’ yang tidak selesa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berterima kasih kerana berkongsi pengalamannya masuk ke dalam penjara. Serba sedikit, dapatlah menambah pengetahuan orang ramai tentang keadaan di sana.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang merupakan bekas pekerja di penjara mengesahkan situasi disana seperti apa yang diceritakan oleh lelaki ini.

Antara komen warga maya:

“Saya ex kerja di penjara Kajang, memang agak seram kalau asuk nampak sel diorang insaf sekejap”

“Yee yang keje dalam tu gaji rm0.30 sehari”


“Aku pernah masuk penjara forensik.. itupon dah menggelupor nak keluo laju2”

“Member aku dulu dia mengajar english dekat dalam tu masa dia kena penjara setahun.. siap keluar penjara ada gaji dia orang dapat”

 

Video yang tular di laman TikTok:

@abangpejan Rasa mcm tak ada pulak terserempak Sel Penjara VIP kt Kajang.. hui hui hui #fyp #penjarakajang #shareforgood ♬ original sound – faizalmurad

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)