“Langkawi takleh cari makan dah” Buat Cable Car Sendiri Dalam Rumah, Video Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Pasti ramai di antara kita yang pernah ‘merasa’ menaiki cable car bukan? Manakan tidak, bukan sahaja mencipta kenangan terindah dan mencabar keberanian bahkan kita juga dapat menikmati pemandangan dari jarak tinggi.

Jadi tidak hairan lah jika ianya menjadi salah satu tarikan pelancong untuk berkunjung ke sesuatu tempat.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki mencipta ‘cable car’ nya sendiri mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @tamkbx_01, kelihatan dia sedang merakam cable car hasil buatannya sendiri itu rumahnya.


Difahamkan, dia hanya menggunakan tali pancing untuk menyangkut cable car mainannya itu. Jika sekali imbas, memang nampak macam real.

“Angin kuat sangat dia punya goyang tu lain macam,” katanya di kapsyen video.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat kreativiti pemuda ini. Yelah, gigih betul buat cable car di dalam rumahnya.

“Genting Highlands atau Langkawi ni? Hahaha pagi-pagi dah buat orang terhibur” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang meninggalakan komen lucu dimana meminta pemuda ini untuk meletakkan semut ke dalam cable car itu.

Antara komen warga maya:

“bang letak semut dalam tu mesti dia teringin nak naik cable car”

“langkawi takleh cari makan dah pasni”


“Nak cari laa nak letak dekat rumah.. senang anak ajak naik cable car, boleh cakap cable car dah kecik sekarang”

“Berapa bang sekali naik.. nak bawak cicak saya naik”

“Lepasni takyah gi genting dengna langkawi dah kat rumah je”

“wahhh lokasi kat mana ni.. sekarang dah ada 3 tempat la cable car kat Malaysia”

Video yang tular:

@tamkbx_01Angin kuat sngat dya punya goyang tu lain mcm😂😂😂😂

♬ kau ade tkde – budak biasa

@tamkbx_01 Balas kepada @zack1973_tsuk ♬ DJ Kuberlayar Di Lautan Tidak Bertepian – MASTER RMX