Ibu Sakat Anak Guna Penutup Botol Sampai Bibir Jadi Montok Undang Dekah Netizen

Kehadiran cahaya mata dalam hidup setiap pasangan yang bergelar suami isteri adalah satu perkara yang mampu melengkapkan lagi sesebuah keluar. Bahkan telatahnya juga mampu membuatkan hari kita terhibur. Senang kata, boleh hilang penat seharian apabila melayan karenah anak.

Budak-budak memang ‘banyak akalnya’. Ada sahaja perkara pelik yang hendak dilakukan bahkan terkadang apa yang dibuat sememangnya di luar kotak dan tak tercapai dek akal.

Sama juga dengan kisah yang tukar baru-baru ini dimana seorang budak kecil dilihat menekap bibirnya dengan penutup botol semasa tidur telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @akusimoody24, kelihatan anaknya sedang nyenyak tidur dibilik sambil dirakam oleh ibunya.

Namun apa yang lebih lucu adalah, dia dilihat menekap bibirnya dengan penutup botol sehingga bibirnya kelihatan sangat muncung. Ibunya kemudian mengeluarkan penutup botol itu agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Lihatlah bibirnya yang muncung itu, persis seperti melakukan pembedahan plastik di luar negara malah ada yang berseloroh mengatakan ianya seperti selebriti luar negara yang memiliki bibir yang “montok” dan menawan.

Sejak video ini dikongsi beberapa hari yang lepas, ianya tular dengan mengumpul jumlah tontonan sebanyak 22.5 juta dan 1.8 juta tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok:

@akusimoody24 ga tau lagi sama ini bocah kalo ada barang yg dia suka pasti selalu dibawa tidur kemrn masker sampe dibawa tidur dan sekarang tutup botol 😭😭🤣#manyun #fyp#angelinajolie #bibirdobleh#tiktok#ngakak ♬ suara asli – primadona🍓

Meninjau di ruangan komen, ada juga yang mengatakan ianya sangat bahaya kerana boleh menyebabkan pembuluh darah di bahagian bibir pecah.

“Maaf bun, jangan dibiarin gitu lagi bahaya, bisa pecah pembuluh darah bahagian bibir” – Netizen

Ada juga netizen yang bertanyakan bagaimana keadaan terkini budak tersebut oleh kerana terlalu risau dan tidak ingin sebarang perkara buruk berlaku pada dirinya.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Sekarang gimana keadaannya Bu? bahaya loh itu🙏”

“Apa nama filter ni Kak?”

“ha sudah DSV ade geng pulak 😂”


“nicki minaj is that you?”

“DSV is shaking”

“sakit woiii lh😭😭”

“kylie jenner is dat u?”

“can someone gonna talk about the laugh”