Enggan Minta Pertolongan Ibu Kirakan Duit Raya, Gelagat Budak Perempuan Guna Kalkulator Cuit Hati Ramai

Apabila menjelang syawal, pastinya kanak-kanak akan ‘terlebih excited’ kerana bukan sahaja boleh bermain mercun dan bunga api malah mereka juga akan mendapat duit raya daripada ahli keluarga dan juga tetamu yang hadir.

Bagi yang masih kecil, tentunya ibu bapa akan memegang dahulu duit anak kerana takut jika hilang atau tercicir malah ada yang mengambil duit anak untuk dijadikan simpanan buat mereka apabila sudah besar nanti seperti untuk kos pendidikan dan sebagainya.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak perempuan tidak benarkan ibunya mengirakan jumlah duit raya yang diperolehi mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @cintaembunanpagi, kelihatan anaknya mengumpul semua duit raya yang diperolehi untuk dikira.

Pun begitu, apa yang lebih melucukan adalah dia kelihatan menggunakan kalkulator dan mengira satu persatu duit yang diperolehi dengan menggunakan kaedah tambah.

Setakat ini, video yang tular berkenaan berjaya mendapat tontonan sehingga 638.3 ribu dan 47.9 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok:

@cintaembunanpagilambat sgt tu dik…😑♬ Suasana Di Hari Raya – Upin & Ipin

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 631.3K tontonan, 47.3K tanda suka, 1611 komen dan 792 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihatnya yang sangat gigih mengira duit raya satu persatu menggunakan kalkulator.

Bukan itu sahaja, malah ada juga yang berseloroh mengatakan ianya boleh menguji kesabaran jika tertekan butang ‘cancel’ dimana dia perlu mengiranya semula daripada awal.

Malah ada juga yang mengatakan jika anak selebriti Neelofa dan PU Riz iaitu Bilal yang dikatakan tahun ini meraih duit raya RM 14020 dengan menggunakan cara ini, pastinya sampai raya tahun depan belum tentu selesai.

Antara komen warga maya:

“teruskan bakatmu dik”

“Ni kalau tertekan cancel…jenuh wei ulang balik 😂😂😂”

“Kira lah hang dik 1+1 sampai akhir”


“pandai kau dik confirm”

“last ii syntax error🗿”

“darab belike:am i a joke to you-_-”

“rasanya sampai aku umur 99 baru siap kira tu”

“Dah total semua aku datang balik”

“bile mak mintak duit tpi ko tk bagi sebb tkut mak pakai😂😂 bile mintak mak dh pakai beli barang dapur..”