Ramai diantara kita gemar untuk memelihara haiwan apatah lagi kucing kerena rupa mereka yang comel dan banyak telatah lebih-lebih lagi oyen yang memang famous dengan gelagat lucunya.
Sebagai pemelihara kucing, sudah pasti kita mahukan yang terbaik untuk kucing kita dan menjaga sehabis baik untuk melihatnya membesar sihat.
Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana beberapa ekor anak kucing mati lemas gara-gara direndam oleh budak-budak yang datang beraya.
Wanita ini juga sempat menceritakan kronologi kucingnya yang mati lemas. Pada awalnya dua budak itu mengatakan kepada ibunya bahawa kucing sedang bermain air namun caranya yang kurang jelas menyebabkan tuan kucing menyangka mereka memberikan air kepada kucing untuk diminum.
Namun siapa sangka, dia terkejut apabila menjumpai 4 ekor anak kucingnya yang kaku tak bernyawa berada di dalam sebuah tong berisi air.
Berikut merupakan kronologi bagaimana insiden tersebut berlaku:
Tweet yang tular di laman Twitter
Aku dapat dari waksep group dewi petshop.
PERINGATAN UNTUK SEMUA MAK PAK KUCING KALAU NAK BUAT OPEN HOUSE NANTI!!! KURUNG ANAK ANAK KUCENG DALAM BILIK DAN KUNCI PINTU ATAU HANTAR KE HOTEL SAJE!!!
Ni kalau kena kat aku boleh meroyan agaknya pic.twitter.com/vuQuJGqLbC
— Mak Leha (@OwToTheZie) June 27, 2018
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berpesan kepada orang ramai agar lebih memantau anak-anak apabila datang ke rumah orang agar tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
Terkadang ada juga peralatan atau sesuatu yang amat disayangi oleh tuan rumah, mungkin ianya sukar untuk didapatkan atau mempunyai nilai sensitivitinya tersendiri jadi ia merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar berlaku sopan ketika berada di rumah orang.
Berikut merupakan komen warga maya:
Sebabtu aku lebih suka biarkan anak kucing aku dekat belakang rumah waktu ada ramai budak budak. Ibu ibu kucing pun diorang buli. Perasaan nampak bebudak ni picit, tarik ekor, angkat hempas kucing ni tak tau la nak describe cemana. Sedih pedih https://t.co/uLOJIuPEAe
— Miza H. (@mizahusin) June 29, 2018
Mak bapak budak ni pun satu hal jugak. Bebal. Dah tau anak tu buas, tak payah bawak datang rumah orang lah bodoh. Ye tau budak2 tapi kau boleh control kot? Dah naik turun rumah orang gitu boleh buat tak tau lagi. Tolong lah alert sikit parents yang ada anak tak reti duduk diam ni https://t.co/7RBvni0KDh
— Mijastrate (@hmizaaaaa) June 28, 2018
This one looks exactly like my kitten! 3 putih, 1 oren. Weyy kesiannya 🙁 https://t.co/N18uvDX6Su
— 🏴Kennedy West🏴 (@_fatihahnrl) June 28, 2018
Marahnya aku. Parents nilah when u dont condition ur child before bringing them anywhere. X salah budak tu tp parents budak tu x cari ke lama menghilang ugh. Stups. https://t.co/SiRig7vozN
— fir (@FirzanaRedzuan) June 27, 2018
Ni yang tak sanggup baca. Yang mak pak pun tak reti tengok2 kan ke anak keluar masuk bilik orang sesuka hati! https://t.co/tHl9LqhnXj
— 🤡 (@myra_lyana) June 27, 2018