Ibu Bertarung Nyawa Bersalin, Anak2 Kecil Terputus Bekalan Makanan di Rumah

Tidak semua dari kita menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dalam keadaan selesa.

Ada di antara kita saban hari menghitung duit simpanan dan ada juga yang terpaksa mengikat perut demi kelangsungan hidup.

Seperti anak-anak kecil ini, perkongsian menyentuh hati seorang pengguna Facebook yang bernama Jah Awg Kenit ini pastinya meruntum jiwa.

Menerusi perkongsian beliau, anak-anak kecil ini dilihat dalam keadaan yang menyedihkan apabila terputus bekalan makanan.

“Wanita tunggu masa nak bersalin bersama anank-anaknya yang berusia 7,6 dan 1 tahun 6bulan terputus bekalan makanan”

“Jangkaan bersalin minggu ni dan duit langsung tiada makanan dah abih kais. Ya Allah, kau permudahkanlah”.

Mereka terputus bekalan makanan

Difahamkan sebelum ini, pasangan suami isteri bersama dengan tiga orang anak mereka berusia lingkungan 7 hingga 1 tahun hidup kelaparan ditambah pula si ibu hanya menanti waktu melahirkan bayi.

Terbaru, si ibu kini sudah berada di hospital untuk melahirkan bayi, dan tiga lagi anaknya dijaga oleh atuk yang uzur dan tidak sihat.

Ibu di hospital bersalin tinggal dengan atuk yang sudah uzur

Selain itu, menerusi satu info daripada seorang pengguna Facebook dengan nama Watie Razzania Putra, dia terpanggil untuk membantu keluarga tersebut.

Menurut Watie Razzania, dia mendapat info mengenai keluarga ini dari sepupunya dan terpanggil untuk membantu mereka.

“Lewat malam tadi saya dapat info ini dari sepupu saya Wanny Mohd. Terima kasih sebab memberi saya tugas ini untuk saya menjenguk anak2 comel ni kerana terputus bekalan makanan”.

Keluarga naif ini tinggal berdekatan 

Selain itu, dia terpanggil membantu kerana keluarga ini juga tinggal tidak jauh dari tempat tinggalnya.

“Mungkin sebab kawasan berdekatan dengan saya(rawang). Dan saya cuba untuk melepas kan diri dari kawalan ketat dalam PKP ni”.

Meminta kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu

Dia turut mengulas, segala perancangan untuk membantu keluarga ini berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tq abam polis yang membenarkan saya menghantar bantuan kepada anak-anak ini.

Terima kasih yang menyumbang

Disamping itu, ucapan terima kasih turut diberikan kepada mereka yang telah memberi sumbangan.

“Terima kasih juga pada yang memberi sumbangan duit ( untuk membeli keperluan makanan)”.

“Ibunya sekarang berada di hospital bersalin dan ayahnya berada di hospital menemani si ibu”.

Anak-anak ini dijaga oleh atuk mereka yang telah uzur

Ujarnya lagi, anak-anak kecil ini dijaga oleh atuknya yang sudah uzur kerana ibu bapa mereka perlu ke hospital.

“Sekarang mereka dijaga oleh atuknya yang tidak sihat(uzur)”.

“InsyaAllah lepas habis PKP saya akan kesana lagi untuk tunaikan permintaan anak-anak kecil ini seperti barang sekolah”.

Tersentuh hati melihat rumah mereka kosong

Melihat keadaan rumah mereka yang kosong mengundang sebak dihatinya. Mereka turut meminta jika diberikan sebijik kipas untuk anak-anak kecil ini.


“Diceritakn juga oleh si atuk, mereka memerlukan sebji kipas kecik untuk sicomel ini”.

“Sejujurnya sy menangis bila smpai sana tadi.mmg dlm rumah tak Ada ape.
Siapa nak maklumat keluarga ini boleh wassap sy 60133291570″.

Semoga ramai lagi yang berhati mulia sudi membantu anak-anak ini, diharapkan bekalan tersebut cukup untuk menampung kehidupan mereka sementara waktu.

Semoga kita saling bantu-membantu mereka yang serba kekurangan tambahan ketika dalam tempoh PKP ini.