[FOTO] “Kejammm” Tergamak Gunting Tangan Kucing

Ramai diantara kita membela kucing sebagai haiwan peliharaan untuk bermain dan menemani kita dirumah.

Selain memiliki wajah yang comel, kucing juga seekor haiwan yang manja dan disayangi ramai.

Malah, kucing juga memiliki hubungan paling dekat dengan manusia dibandingkan haiwan lain.

Kucing kesayangannya dianiaya insan tidak berhati perut

Sering kali kita dengar ramai pencinta kucing akan merasai kesedihan apabila kucing kesayangan mereka dianiaya dan pergi buat selama-lamanya.

Begitu juga yang dihadapi oleh seorang pengguna Twitter yang bernama Balqis apabila kucing kesayangannya itu telah dianiaya oleh individu yang tidak berhati perut.

Tangan kucing macam kena gunting

Gadis ini memberitahu bahawa pada suatu hari dia amat terkejut apabila mendapati tangan anak kucing kesayangannya cedera seakan-akan seperti telah digunting.

“Last year,my kitten died Masalahnyakan, tangan dia macam kena gunting and I tak perasan until malam tu”.

Melihat apa yang berlaku kepada kucingnya itu, dia panik lalu tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Kucing itu menangis kuat dalam sangkar

“Dia nangis kuat dalam sangkar, check penuh semut hurung. I panicked tapi tak boleh buat apa”.

Mengikut tekaannya, kucing itu sedemikian mungkin kerana budak-budak nakal yang lalu dirumahnya.

“I don’t know who did it but I’m sure budak-budak nakal yang lalu dekat ngan rumah”.

Balqis menerusi laman Twitter miliknya ada menceritakan kembali satu kisah sedih yang tidak dapat dilupakannya sehingga kini.

Hari sudah lewat dan klinik verterinar tutup

Dia kemudian memberitahu bapanya tentang kejadian itu tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana hari sudah lewat malam dan klinik verterinar telah tutup.

Sudah tidak ada harapan lagi

“Malam dah, nak buat apa? I called out for my dad to bring him to the vet but its freaking 12 pm and vet obviously dah tutup”.

Lebih menyedihkan apabila bapanya memberitahu anak kucingnya itu seperti tidak dapat diselamatkan lagi.

Letak minyak gamat dan balut dengan kain batik

Namun begitu, gadis ini masih berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan kucing kesayangannya itu.

Oleh itu, dia menyapu minyak gamat dan membalut luka kucing tersebut dengan harapan lukanya itu dapat sembuh.

“My dad said memang tiada harapan,letak ja dia. Serious aku nangis,I tried to treat him, letak minyak gamat and balut dengan kain batik”.

Rata-rata netizen tersentuh hati dan turut bersimpati dengan nasib yang telah menimpa anak kucing tersebut.

Selain itu, ada di antara mereka turut berkongsi pengalaman sedih yang pernah dialami oleh kucing kesayangan mereka gara-gara sikap tidak bermoral segelintir individu.

Seperti yang diketahui umum, kita digalakkan untuk mencintai haiwan dan tidak menganiyai haiwan atau hidupan lain.