“Tak tahan air mata tengok mak dia peluk,” Ibu Terpusing2 Mencari, Anak Muncul Bagi Tabik Hormat

Selama mana kita boleh hidup tanpa berhubungan dengan ahli keluarga? Perasaan rindu sudah pasti sesuatu yang berat untuk ditanggung.

Walaupun ramai antara kita tinggal berjauhan dengan ibu bapa sama ada kerana urusan kerja atau belajar, bertanya khabar melalui telefon adalah satu kemestian.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh gadis ini di mana ibunya tercari-cari anak lelaki yang sudah lama tidak dijumpainya sejak menyertai Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan semua, PULAPOL ialah sebuah akademi polis tertua di Malaysia dan institut latihan untuk Polis Diraja Malaysia.

Ia adalah tempat di mana polis dilatih di bawah kerajaan. Pembelajaran di PULAPOL merangkumi aspek latihan, dari akademik atau praktikal.

Video memaparkan si ibu terpusing-pusing melihat di sekeliling kawasan luas itu demi mencari anaknya.

Situasi tersebut terjadi oleh kerana ramai yang mengenakan baju seragam yang sama menyebabkan si ibu sukar untuk mencari anaknya.

Setelah ternampak bayang anaknya itu tadi, dia terus berlari-lari anak dan mendapatkan anaknya.

Bakal polis itu sempat mengangkat tabik kepada ibu tersayang sebelum mendakap erat si ibu. Dia turut dilihat menangis di dalam pelukan ibunya.

Video yang dimuat naik oleh @sunnysnowflakesss telah membuat ramai menitiskan air mata pada bulan mulia ini.

Video ini juga tular dengan jumlah tontonan sebanyak 268.2 ribu dan 33.6 ribu tanda suka hanya dalam tempoh sehari!

Video yang tular di laman TikTok

@sunnysnowflakesss Reply to @fatinhdayah ♬ original sound – sunnysnowflakesss

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya sebak melihat kasih sayang antara ibu dengan anak itu. Mereka turut terharu melihat si ibu bangga dengan kejayaan anaknya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di TikTok

“tk baik buat org nangis tngok video ni😌”

“Mengalir terus air mata 🥺🥺😌”


“if only my mom be this proud of me 😞”

“Tercari cari mak nya. Sebak tengok 🥺🥺🥺”

“Jangan la camni 😭 kenapa musim sedih datang balik , raya nanti nak nangis lagi 😭”

“auto menangis tengok 🥺🥺”

“cousin sy tak sempat rekod pun mak nya tak jumpa mana satu anak..semua sama katannya😂”

“kalau nangis batal tk puasa saya🥺”