“Sejuk hati” Hadir Majlis Ilmu Tanpa Make-up, Penghijrahan Lisa Surihani Buat Netizen Kagum

Memang benar hidayah itu milik Allah SWT dan beruntung kepada mereka yang memperolehinya terutama di usia yang muda.

Umum mengetahui, pelakon hebat Lisa Surihani telah mengambil keputusan untuk berhijab sebaik sahaja pulang dari menunaikan ibadah umrah sekitar tahun 2019 lalu.

Penghijrahan Lisa sememangnya menjadi contoh buat orang lain bahwa setiap individu boleh berubah ke arah kebaikan sekelip mata dengan izin Allah S.W.T. Lisa Surihani juga sering menarik perhatian orang ramai kerana penampilannya yang semakin lama semakin cantik dipandang.


Baru-baru ini tular dengan sebuah video yang dimuat naik oleh @ainunumirah98 ini, memaparkan Lisa Surihani yang sedang menghadiri sebuah majlis ilmu bersama suaminya. Malah, penampilan serba hitam yang dikenakan oleh pelakon ini terlihat sangat sopan dan manis tanpa sebarang ‘make-up’ di wajahnya.

“Semoga kita semua dapat menjadi seperti beliau suatu hari nanti, terus istiqomah” tulis pengguna TikTok itu di ruangan kapsyen.

Dalam pada masa yang sama, pengguna TikTok ini juga menulis ayat pendek yang menyukai penghijrahan Lisa Surihani. Bukan saja hijrah dari segi pemakaiannya, malah perubahan pelakon itu sangat ketara apabila dia hadir tanpa secalit make-up.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji jalan cerita penghijrahan Lisa Surihani yang tidak mengambil drastik dan masih kekal istiqamah sehingga hari ini.

Antara komen warganet di laman TikTok:

“Wak tumpang sejuk hati tgok Lisa Surihani skrg… Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”



“Ni baru betul namanye berhijrah, satu persatu , hijrah tak semestinye terus kena berpurdah. Sederhana tetapi istiqomah lebih baik.”

“Zaman ni kita dah kena belajar lepaskan duniawi..”


“suke dgn ayat die ‘jangan tinggalkan sahabat2 kite yg belum menutup aurat,sebalikye tetap mendoakan dia bukan meninggalkan dia’ …”


“sekejap je Allah nk ubah seseorang tu… sungguh la hati kita ni dlam gengaman Nya… yg penting doakan yg baik-baik je.. ”

Video yang tular di laman TikTok:

@ainunumirah98 Semoga kita semua dapat menjadi seperti beliau suatu hari nanti 🤲🏻 terus istiqomah 🌹 #lisasurihani #fyp #motivation #fypシ #foryou #fypdongggggggg #viral ♬ Selawat Al Mustafa – Aisha Azuan

Sekadar info, video tersebut telah mencecah sebanyak 1.2million tontontan, 115.5k tanda suka, 1410 komen dan 2449 perkongsian.