Hantar Anak Ke Taska Dalam Keadaan Belum Mandi, Wanita Ini Tampil Jelaskan Perkara Ini Tak Wajar Dibudayakan

Anak merupakan anugerah terindah buat setiap pasangan yang sudah berkahwin namun tidak dinafikan menjaga anak yang masih kecil bukanlah satu perkara mudah buat para ibu bapa apatah lagi jika harus bekerja dalam masa yang sama.

Jadi, ramai pasangan yang tiada pilihan dan terpaksa menghantar anaknya ke pusat taska agar keselamatan mereka lebih terjamin.

Pun begitu, harus kita tahu, terkadang bayaran yang mahal kita berikan kepada pusat jagaan bukanlah bermaksud kita terlepas daripada segala tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita membuat satu content di TikTok dimana tindakan ibu bapa yang membawa anak ke taska tanpa dimandikan terlebih dahulu tidak wajar untuk dibudayakan mencuri perhatian ramai.

Menurut wanita ini, anak merupakan cerminan ibu bapa malah dia faham jika anak tidak dimandikan namun haruslah dihantar dalam keadaan rapi dah bersih seperti ditukarkan lampin dan menyikat rambut anak.

“Semua trigger dengan perkataan mandi sebenarnya. Komen² penuh isu berak bocor pampers x tukar air liur basi baby takkan nak mandI awal dsb”

“Jawapan sebagai pendapat saya adalah hantar la anak dengan bersih dan kemas.. tak kira jam berapa.. anak kita tanggungjawab kita, anak kita cerminan kita.”

“Bersih dan kemas, tak semestinya mandi. betul jugak takkan nak mandi anak 3 4 pagi kan? jadi bersihkan dan tukar apa sepatutnya.”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyokong kenyataan wanita tersebut malah ada juga yang berkongsi pengalaman dimana anak jagaannya tidak ditukarkan lampin dan dihantar ke taska dengan memakai lampin yang dipakaikan olehnya pada pukul 4 petang semalam.

Berikut merupakan komen warga maya:

“pastu kena HFMD, salahkan taska, padahal dari anak dia yang tak bersihkan diri”

“yang paling klaka.. parent hantar 8 pagi tu, anak tu still pakai pampers yang ticer pakaikan pukul 4 petang semalam”


Video yang tular di laman TikTok:

 

@vtyzndn🤐

♬ original sound – Syahmi Hisham