Demi Konten Aisar Khaled Sanggup ‘Beraksi’ di Tengah Jalan Raya Buat Netizen Berang

Siapa sahaja tidak kenal dengan Aisar Khaled yang juga merupakan content creator yang sering mengundang kecaman netizen gara-gara content yang dianggap ‘sampah’.

Manakan tidak, ada sahaja benda mengarut yang nak dilakukannya seperti solat di atas jalan sedangkan ada surau yang berhampiran, membuat konten beli rumah mewah namun ‘kantoi’ ianya hanya sewa dan banyak lagi.

Kontroversi bagai tiada penghujung, kini namanya menjadi bualan ramai apabila timbul sebuah isu dimana dia berada di tengah jalan dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain mencuri mengundang kecaman ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @maderbell93, kelihatan Aisar memakai sut lengkap berwarna merah dan melintasi jalan.

Namun dia pura-pura jatuh dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain bahkan dapat kita dengar orang ramai membunyikan hon atas tindakan berbahayanya itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@maderbell93 Siapa sdh nama dia ne? helo pulis helooo pulis ada btl tgh jalan #aisarkhaleed #fyp #fypシ #viral #viraltiktok #fypシ゚viral ♬ original sound – Vince Caluag

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap individu tersebut yang tidak habis-habis ‘buat hal’ dengan konten yang ‘merapu’ nya itu.

Tidak cukup dengan itu, para netizen juga berharap agar pihak polis dapat memandang serius tentang hal tersebut kerana ianya jelas mengganggu ketenteraman orang awam dan membahayakan pengguna jalan raya.

Antara komen warga maya:

“dia nak buat social experiment nak tengok sape tolong masa dia jatuh, tapi tak ada yang tolong”

“nasib baik tak kena langgar”

“mana pulis kenapa tak tangkap dia..”