Habis RM50 Beli Mercun, Ayah Panggil ‘Polis’ Nak Tangkap Budak Buat Ramai Berdekah

Bila datang musim raya, budak-budaklah paling happy sekali sebab dapat main mercun mahupun bunga api!

Ada juga ibu bapa yang mengadu menjadi mangsa tagihan duit daripada anak-anak untuk membeli mercun sehingga pening dibuatnya!

Baru-baru ini tular di mana seorang lelaki telah menyamar menjadi polis, datang ke rumah untuk memberkas beberapa orang budak lelaki yang membeli mercun sehingga RM50!

Lelaki tersebut dilihat memakai helmet berwarna biru dan mengenakan vest Mashall yang menampakkan dirinya seperti seorang polis.

Situasi kelakar yang sempat dirakam oleh Mohd Izri itu turut memaparkan keluarga tersebut siap memasang siren polis untuk menakut-nakutkan budak-budak!

Oleh kerana terlalu takut, mereka menangis dan enggan ‘menyerahkan’ diri apabila ditarik oleh penyamar itu.

Apa yang lebih membuatkan netizen ketawa terbahak-bahak adalah semua ahli keluarga di situ turut memberikan kerjasama dalam menjayakan lakonan tersebut!

Dua orang budak lelaki sampai dilihat berlari masuk ke bilik tidur setelah dimomok-momokkan cerita akan menghubungi polis atas kelakuan nakal mereka.

Sejak video tersebut dimuat naik, ianya berjaya mengumpul tontonan sebanyak 171.5 ribu dan 11.5 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@mohdizri98 Hahaha, ceritanya gi di kedai beli ngecun habis RM50 ya. Ini cara dia😂. #pengajaran #fypdongggggggg #fyp #raya ♬ original sound – mohdizri98

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut berdekah melihat lakonan mantap keluarga ini! Mereka turut ketawa melihat outfit yang dikenakan oleh si penyamar.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“nasib baik adik tu tak bole bezakan marshal ngn polis😂”

“aku rasa lepasni budk ni beli ais krim pon takut rasenya”


“Polis pakai seluar track 🤣🤣”

“Naik kete tp pakai helmet 😂”

“siap ada bunyi siren 🤣”

“🤣🤣🤣🤣 kenangan 1 keluarga ni… ingat la sampai bila²..”

“auto fobia bdk2 tu dgn polis lps ni. hahahahhh”

“Memang sempoi la bang😂”

“AHHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAH YA ALLAH, LAWAK😭 DENGAN BUNYI SIREN😌”