Jammed Di Terengganu, Pemandu Dihulur Air Minuman Buat Ramai Kagum

Selama hampir seminggu umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya Aidil Fitri, sudah tiba masanya untuk mereka pulang ke realiti hidup masing-masing.

Nampaknya aliran lalu lintas di lebuh raya masih lagi sesak sejak daripada pengumuman raya mengejut tempoh hari!

Yang ingin pulang semula ke rumah mereka terpaksalah menghadap jammed yang luar biasa pada musim perayaan ni.

Semalam, tular di mana sebuah keluarga yang menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) diberi air minuman percuma sementara ‘melekat’ di dalam kesesakan trafik!

Situasi tersebut sempat dirakam dan dimuat naik ke laman TikTok oleh @muiithehappy. Dilihat gadis ini dihulurkan dua cawan air sejuk berperisa yang berlainan!

Video memaparkan sekumpulan pemuda bekerjasama membancuh dan menuang air berperisa itu untuk diberikan kepada orang ramai.

Mereka turut dilihat gigih berjalan dari kereta ke kereta untuk memberikan air yang mereka bancuh.

Usaha mereka sedikit sebanyak dapat melegakan tekak pemandu dan penumpang. Dalam pada masa yang sama lupa sekejap pasal jammed.

Keluarga ini turut berterima kasih kepada orang Terengganu memandangkan perjalanan mereka tersangkut di negeri itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji sifat pemurah pemuda-pemuda di situ. Selain itu, netizen turut akui lalu lintas di LPT semalam sungguh sesak!

Setakat ini, video tersebut tular dan berjaya meraih tontonan sebanyak 143.4 ribu dan 12.9 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@muiithehappy Yang sempat lagi mintak nombor tu tak tahan tu #fyp #ganukite #raya #raya2022 #trafficjam ♬ original sound – muiithehappy

Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di TikTok

“😂 org lain caption, ni audio lak faith in humanity restored”

“Kg ambe ning.. mesti ada jupe ronaldo setiu tgh main bola tgh pns ceng ceng xdi orp😂”

“Wah terbaik warga setiu👏🏻👏🏻☺️”


“semalam punya ni, masa dia buat live bagi air free…alhamdulillah..”

“hebat rakyat malaysia🥰 pemurah hati🥰”

“Alhamdulillah.. semoga mak cik sekeluarga dimurahkan rezeki🥰🥰🥰”

“negeri mane lagi nk cari layanan terbaik,,klau kan ganu😅”

“baiknya orang pantai timur ni,slmt hari raya”

“mcm2 cara kita boleh bersedekah…semoga murah rezeki”

“weh srs mmg jem teruk tdii😭”

“bang saya dari pgi smpai skrg duk sorg sbb mak n ayh saya stuck jem dkt situ [cry]”