Sebak Tengok Adik Beradik Tak Cukup Duit Beli Beras, Lelaki Hulur Bantuan Raih Pujian Ramai

Tak semua orang dilahirkan dalam keluarga yang cukup makan dan pakai. Ada juga yang terpaksa berusaha keras demi sesuap nasi.

Lebih menyedihkan apabila si anak yang terpaksa menjadi tulang belakang keluarga pada usia yang muda dalam membantu ibu bapa.

Beberapa bulan yang lepas, seorang lelaki telah terjumpa dengan dua beradik yang ingin membeli beras namun beredar selepas menanyakan harga.

Menurut tuan punya video, @Armsemock_1, rupa-rupanya budak lelaki yang dijumpainya itu tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli beras.

Disebabkan kasihan melihat mereka yang sanggup meredah hujan semata-mata ingin mendapatkan beras, dia menghulurkan sedikit wang kepada dua beradik itu untuk beras dan sedikit jajan.

Selain membawa pulang sekampit beras, si adik turut dilihat membeli sekotak air coklat. Senyuman kegembiraan jelas terpampang pada muka dua beradik itu.

Sebelum berpisah, lelaki itu sempat memuji si abang kerana pandai menjaga si adik dan membantu kedua ibu bapanya. Dia juga mendoakan kejayaan dua beradik itu.

Sejak video ini dimuat naik, ianya berjaya mengumpul jumlah tontonan sebanyak 91.3 ribu dan 4917 tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@armsemock_1 Hidup ini bkn tentang ape yg kita inginkan. Tapi tentang apa yg kita miliki & apa yg kita beri. #armsemock #fypmalaysia #esekile #buatbaik #insan ♬ original sound – –

Menjengah ke ruangan komen, netizen berterima kasih kerana sudi membantu dua orang budak lelaki tersebut.

Mereka turut mendoakan agar rezeki lelaki ini dimurahkan dan dilipat kali gandakan rezekinya oleh Allah SWT.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“semoga dimurahkan rezeki selalu bosss…. jika semua saling membantu tu kn bgus..hehehe”

“Bangg..Terima kasih kerana trdengar perbualan adik tu.. dan ikhlas brkongsi rezeki..sy doakan abg sntiasa dimurahkn rzkiAmin.”

“aku doakan ko ditambah berlipat kali ganda rezki ko bang…semoga panjang umur,murah rezki..diberikan kesihatan yg baik…teruskan membantu…amin…”


“Terbaik bang . Semoga abang di murahkan rezeki. Amin kita tolong mne yg mampu . In Sha Allah rezeki Allah SWT tu luas . ”

“moge dimurahkan rezeki…aminn”

“Tahniah anda seorg manusia yg disayangi Allah.. Berbuat baik la pada manusia sesungguhnya Allah amat menyukai manusia yg syg sesama makhluk..”

“kita ingat kita susah, ada org main lebih susah, oleh itu kits kena selalu bersyukur dgn apa yg kita Ada…sebak tgk..”