[VIDEO] “Ingat anak patung ke?” Netizen Bengang Tindakan Cikgu Tadika Hempas Pelajar Ke Lantai

Isu kes derra ataupun kekasaran terhadap kanak-kanak oleh pekerja di tadika bukanlah pertama kali terjadi di Malaysia.

Bahkan, ada kes yang menyebabkan kecederraan teruk hingga membawa kepada kematian.

Terbaru, satu video tular dipercayai telah berlaku di Selangor menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya sangat marah dengan tindakan didakwa cikgu yang mengassari seorang kanak-kanak.

Menerusi video berdurasi kurang seminit itu, dipercayai seorang guru tadika tersebut dilihat seolah-olah ‘menghempas’ kanak-kanak tersebut sebanyak dua kali.

Lebih menyedihkan apabila diperhatikan oleh rakan-rakan yang lain. Kejadian itu dipercayai berlaku di tadika kawasan Jalan Kebun, Klang namun masih tidak diketahui secara terperinci.

Walau bagaimanapun, perkongsian video itu undang kemarahan orang ramai yang berharap agar pihak berkuasa menyiasat kejadian tersebut.

Malah, tak kurang juga yang bimbang akan emosi kanak-kanak lain yang melihat tragedi itu. Masing-masing bimbang jika mereka semua trauma untuk ke sekolah.

“Kalau tak boleh sabar jangan jadi cikgu. Jangan jadi pengasuh. Yg kau lempar tu anak orang. Kalau dia jenis budak yg degil pun kau tak ada hak buat mcmtu. Banyak lagi cara lain. Dgn anak orang pun tak ada adab esok dgn anak sendiri tak tau la. Kesian sape jadi anak kau nanti,” – Fatin Tajudin

“Aik cikgu yg lagi 1 pn biarlan je ye..tak menegur..masalah tadika ni..aduhh..risau kt anak2 kt taska n tadika..harap2 baik2 je la deorg,” – Zura Nazurah

“Stupid lady!!! Ank org kau buat mcm tu!!! Jaga budak kena la sabar klau x reti ,x payah kja duduk rumah je!! Wlaupun itu bkn ank aku mmg sakit hati la tgk mcm ni.!!” – Nallini Devi