“Gelinya” Uli Adunan Kek Sampai Ketiak, Cara Lelaki Ini Masak Buat Netizen Loya

Tidak kira lah mahu masak apa sekali pun, namun jika disebut sahaja bab makanan, pastinya kita harus lebih menjaga kebersihan demi kesihatan diri sendiri.

Contohnya makanan tersebut tidaklah terdedah pada persekitaran yang kotor, bahan yang telah tamat tarikh luput bahkan cara penyediaannya juga perlu dalam keadaan bersih.

Namun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana cara seorang lelaki bersinglet ini sewaktu menguli adunan tepung untuk kek buat ramai ‘loya’.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat lelaki itu menyeluk tangannya sehingga paras siku ke dalam adunan selain memecahkan telur yang belum dibersihkan ke dalam adunan itu.

Sudahlah tidak berpakaian lengkap malah dia juga tidak memakai sebarang sarung tangan dan tidak membasuh telur tersebut sebelun dipecahkan.

Tidak cukup dengan itu, mesin pengadun juga dipenuhi dengan kerak dan daki kotoran yang sememangnya tidak layak digunakan untuk membuat kek.

Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen berasa sangat geli dengan cara lelaki tersebut menyediakan kek.

“Waktu dia lurutkan bancuhan kat lengan tu naik kejap bulu tengkuk aku” komen netizen.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga meminta pengusaha makanan agar lebih menjaga kebersihan ketika membuat makanan.

Antara komen warga maya:

“tengok pun tak lalu.. peluh, bulu tangan, bulu ketiak semua masuk”

“aduh tengok pun geli dah.. patut kek ada rasa manis masin.. air ketiak rupanya”


“kembang tekak aku.. kotornya tak lalu aku nak makan”

“pasal apa la pegotor sangat masa buat makan..geli nya tengok gaul pakai tangan sampai kat ketiak, tak ada senduk kayu ke nak kacau”

Video yang tular :