“Anak jatuh taw, bod*h la,” Gagal Memotong Di ‘Double Line’, Alasan Lelaki Ini Buat Netizen Berang

Sikap pemandu yang tidak berhemah di atas jalan raya sememangnya banyak mengundang padah bahkan rata-rata kemalangan disebabkan oleh pemandu yang tergopoh gapah dan melanggar peraturan jalan raya.

Seperti yang kita tau, pengguna jalan raya dilarang memotong di selekoh garisan berkembar kerana ianya meningkatkan risiko kemalangan.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna jalan raya berhadapan detik cemas apabila nyaris bertembung dengan sebuah Toyota Hilux yang gagal memotong barisan sekitar Janda Baik.

Menerusi video tersebut, dia yang dalam keadaan panik terpaksa membuat brek mengejut untuk mengelakkan pertembungan sehingga anak kecilnya jatuh tersungkur ke bawah dari tempat duduk penumpang belakang.

Ketika berselisih dengan pemandu itu, dia ada menegur sikapnya yang mementingkan diri sendiri namun jawapan yang diberikan sangat menyakitkan hati dimana mengharapkan lori tersebut memberikannya ruang ketika memotong di ‘double line’.


“Saya sudah beam lori nak potong tadi. Ingatkan lori nak bagi laluan,” kata pemandu Hilux itu kepada Sheran.

Isteri kepada lelaki ini juga sempat berpesan agar sentiasa ingat nyawa orang lain di atas jalan raya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap lelaki tersebut yang membahayakan keselamatan orang lain di atas jalan raya.

Tidak cukup dengan itu, netizen berharap agar owner video ini membuat laporan polis berkaitan issue tersebut kerana bukan sahaja dia memotong di garisan berkembar dan memberikan alasan tidak munasabah malah dia juga memandu secara melulu.

Antara komen warga maya:

“kalau saya takkan undur, biar dia menggelupur cari jalan sendiri.. perangai bodoh buat orang lain susah.. nasib tak jadi benda buruk”

“Ya Allah nasib abang tu tak gelabah dan terus ke kiri.. perasan kiri macam gaung tu.. kalau tak dah jadi citer lain pula.. memang tak guna betul driver selfish macam ni..”


Video yang tular di laman Facebook: