Pasaraya Jual Ayam Tanpa Kawalan, Aksi Lelaki Borong Ayam Penuh Troli Buat Netizen Berang

Isu kenaikan harga barang terus menjadi bualan orang ramai termasuklah harga seekor ayam segar yang dikatakan mampu naik mencapai RM15 sekilogram (kg) mulai Julai, selepas skim harga maksimum runcit bahan mentah itu tamat akhir bulan ini.

Pun begitu, ada juga segelintir rakyat yang dikatakan memborong ayam dalam jumlah yang banyak sekaligus membebankan orang lain.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini di laman Twitter di mana seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa menyaksikan sendiri seorang pelanggan memborong sehingga lebih 40 ekor ayam.

“Bagus kak, pertahankan hak B40. At least dia dah complaint tapi management pasar raya tak layan lepas tu baru dia viralkan,” tulis pengendali akaun tersebut.

Memetik laporan mStar, wanita tersebut berkata dia kesal apabila kunjungannya pada awal pagi di pasar raya berkenaan untuk membeli ayam hampa kerana semua habis diborong tanpa kawalan.

“Pukul 8.30 pagi saya pergi nak beli ayam tapi waktu tu tak dapat seekor ayam pun, Semua ayam ‘disapu’ oleh seorang saja customer. Dalam troli ada lebih 40 ekor ayam,” katanya dalam video tersebut.

Dia mendkawa mungkin lelaki yang tidak bertimbang rasa itu memiliki restoran atau kedai runcit sendiri untuk menjual semula ayam dengan harga lebih mahal.

Bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku, wanita ini bagaimana pun membuat aduan kepada pihak pengurusan pasar raya.

“Kenapa buat macam ni (tidak kawal jumlah pembelian)? Nanti orang lain datang nak beli ayam macam mana?” soalnya kepada kakitangan pasar raya berkenaan.

Kedengaran salah seorang kakitangan tersebut menjawab: “Nanti mereka tahan di kaunter”.

Jawapan itu ternyata terus mengundang kemarahan wanita tersebut.

“Dekat kaunter pun mereka tak tahan! Dia dah bayar pun, lepas tu dia dah pergi,” katanya dengan penuh rasa marah dan kecewa.

Meinjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen juga berang melihat perkara tersebut apatah lagi melihat lelaki tersebut memborong ayam dengan kuantiti yang banyak tanpa rasa bersalah.

Antara komen warga maya:

Video yang tular: