Air Suam Tak Membantu Jika Tengah Pedas? Ini Penjelasan Doktor Ayob

Ramai diantara kita yang gemar untuk makan pedas malah ada yang sehingga membuat ‘challange’ makan makanan pedas seperti makan mi segera ramen, nasi ayam gepuk paling tinggi kepedasan dan banyak lagi.

Biasanya bagi menghilangkan pedas, mereka akan minum air suam tapi tahu kah anda ianya akan menambahkan lagi rasa pedas tersebut.

Baru-baru ini, seorang doktor yang lebih dikenali sebagai Dr Syid Ayob berkongsi antara sebab-sebab mengapa kita tidak digalakkan untuk minum air suam.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @drsyidayob, cili mengandungi capsaicin di mana ianya adalah sejenis bahan yang akan meransang receptor sakit pada mulut yang sangat sensitif dengan haba. Walaupun capsaicin tidak menghasilkan haba, ia mampu memperdaya otak dengan menyangka mulut dalam keadaan bahaya.


“Samalah juga bila kita kena api, kulit rasa panas kemudian reaksi kita akan alihkan tangan. Otak dah bagi isyarat untuk berhenti makan tapi kita masih lagi makan.”

Berkongsi lanjut, meminum air untuk menghilangkan rasa pedas tidak sesuai kerana capsaicin sikapnya adalah non polar dan untuk melarutkan cecair non polar perlulah menggunakan bahan yang non polar juga.

Sebab itulah bila minum air suam atau sejuk, ianya sama sekali tidak memberikan kesan malah membuatkan kita berasa lebih pedas.

Jadi, untuk menghilangkan rasa pedas tersebut, kita perlulah mengambil minuman yang bersifat non polar seperti susu atau bahan tenusu.

Tapi bagaimana pula dengan orang yang tak boleh minum susu? Pastinya mereka buntu apa yang perlu mereka minum jika makan makanan pedas.

Doktor ini juga menjelaskan orang yang tidak minum susu boleh memilih minuman yang berasid seperti jus oren, epal, lemon atau tomato.

Hal ini kerana, Capsaicin bersifat alkali dan apabila jus berasid bertemu dengan alkali, ianya akan menjadi neutral.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan mereka tersendiri malah ramai yang baru mengetahui tentang perkara tersebut.

Antara komen warga maya:

“Selalu tengok draman korea baru tahu kalau makan pedas minum susu, lepas tahu terus standby susu kalau terasa nak makan pedas, memang menjadi”

“Patutla orang buat mukbang makan ramen pedas minum dengan susu”


“Oh patutlah orang selalu tambah cheese dalam ramen yang pedas tu untuk kurangkan pedas”

Video yang tular di laman TikTok:

@drsyidayob Air suam pun sebenarnya tak function #drsyid #health #fyp ♬ original sound – Dr Syid Ayob Al Qudri